Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia..
Aku sendiri pun kadang-kadang terfikir juga yang setiap masalah yang timbul dalam hidup Aku nie semuanya adalah ujian daripadaNya untuk Aku.. Orang kata kalau Allah SWT bagi kita ujian maknanya Allah SWT sayangkan kita dan bukan sebaliknya.. So Aku take this as a positive view la.. Maybe setiap masalah yang Aku hadapi sekarang adalah kerana Allah SWT tu sayangkan Aku..
Ya Allah ! Aku panjatkan syukur buatMu diatas ujian yang telah Kau berikan.. Aku pasti bahawa Engkau tidak akan memberikan ujian yang melebihi kemampuan umatMu.. Ya Allah! Berikanlah kepadaku kekuatan dan ketabahan agar Aku dapat mengatasi segala ujian yang Kau berikan dan permudahkanlah segala urusanku baik di dunia mahupun di akhirat kelak..
So, Untuk semua hambaNya yang berada di luar sana, Ingatlah bahawa jika Allah SWT menguji kita, Itu bererti Dia amat menyayangi kita (: Sekian..