Wednesday, 28 November 2012

(╥﹏╥)

Assalamualaikum dan Selamat pagi..

Hmmm sebenarnya aku takde mood nak update entry baru nie.. Tapi, aku dah tak boleh nak pendam semua nie sorang diri dah.. Aku rasa sakit sangat. Walau macam mana aku cuba kuatkan hati nie untuk terus bersabar pun namun aku tetap tak mampu.. Sebabnya aku nie hanya la manusia biasa yang banyak kelemahan dan masih memperbaiki segala kekurangan yang ada..

Aku terima segala yang ditakdirkan untuk aku. Bukannya nak mengeluh dengan apa yang Allah SWT telah berikan, tapi aku rasa macam tak mampu nak face semua nie lagi dah. Bayangkan bila kita berada didalam situasi yag memerlukan kita memilih sama ada KELUARGA ataupun SAHABAT ? Apa yang perlu kita buat ? Kalau ikutkan kita, dua-duanya penting sebab dua-dua kita sayang. Persoalannya disini ialah "k e u t a m a a n" dimana kita perlu membuat pilihan yang tepat.. dan pastinya salah satu daripada mereka perlu dikorbankan.. Jawapannya, siapakah yang perlu kita korbankan ? Adakah KELUARGA atau SAHABAT ?



Thursday, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah :')

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah.. Hari nie kita dah pun memasuki tahun baru Islam iaitu 1434 H.. Ya Allah ! Syukur ! Aku masih diberi peluang untuk merasai tahun baru Hijrah nie dengan diberi kepanjangan umur oleh Allah SWT.. Dan yang pastinya, Azam tahun baru ! Bila masuk tahun baru, mesti lah setiap orang ada azam untuk tahun baru kan ? Haaa tapi sebelum tu, azam tahun sudah dah terlaksana ke belum ? Kalau belum tu, seelok-eloknya cover la ke tahun nie.. Mudah-mudahan azam tu akan tercapai jugak pada tahun nie.. Tapi, kalau tak tercapai jugak, bawa la pulak ke tahun berikutnya.. *Sampai dah tercapai* :')

Apa-apa pun, aku nak ucap "Salam Maal Hijrah 1434 H" kepada semua Muslimin dan Muslimat :')

Wednesday, 14 November 2012

Random

Assalamualaikum ! :)

Apa khabar semua ? Sihat ? Aku harap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT hendak-Nya :) Okay. Aku nak tanya nie, sekarang nie musim apa ? Musim apa eh ? Jawab la.. Jawab la.. Jawapannya, musim tengkujuh ! Haha.. Salah lah. Bukan musim tengkujuh, tapi musim cuti sekolah ! Kita dah start cuti sekolah kan.. ?? So, apa plan korang semua time cuti nie ? Mesti ada yang nak pergi bercuti kan.. Tak pun mesti ada yang sibuk nak buat majlis kenduri kahwin kan.. Hah ! Adik-adik dekat luar tu, jangan pulak korang guna kan masa bercuti nie dengan nak kahwin pulak okay ! Hewhewhew.

Ingat, habiskan masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Misalnya, baca buku ke ? Kalau baca buku macam cliche je kan cuti-cuti nie.. So, buat lah aktiviti yang mendatangkan untung pada diri sendiri ya ! At least tak la nampak macam buang masa macam tu je kan.. Haaa, kalau untuk aku pulak. Time macam nie dah sah-sah la kena hadap homework Bahasa Melayu + Pengajian Am ! Semester depan dua subjek nie ada PBS.. So, dah dapat tugasan awal-awal lagi daripada MPM.. Sobsobsob :( But it's okay la. Dah nak siap pun ! Haha.. Bukan banyak mana pun.. InsyaAllah kalau mengikut perancangan yang telah disusun, aku akan gunakan sepanjang bulan November nie sebagai bulan untuk settlekan semua homework nie ! InsyaAllah. Harap-harap tak lari lah daripada perancangan tu.. Amin !

Haaa.. Sebut pasal kenduri kahwin nie, terus je aku teringat undangan ke majlis persandingan Kak Nurul dengan Ustaz ! Nak sangat pergi, tapi jaraknya memungkinkan aku untuk sampai ke sana.. Allah dekat Negeri Sembilan je kot ! Tak payah nak buat teruk sangat eh Fizah ! Haha. Memang la kalau ikutkan dah boleh sampai dah. Itu kalau aku sendiri yang drive ! Nie yang nak drive Abah okay ! Abah pulak takde cuti. So, tak dapat la nak pergi.. Tapi takpe, dekat sini aku nak buat wish untuk diorang berdua. Kiranya termasuk doa sekali lah :)

Ucapan khas untuk Kak Nurul & Ustaz !

Hai Kak Nurul, Fizah disini ! Fizah nak ucapkan selamat pengantin baru dekat Akak dan Ustaz ! Yayyy akhirnya kalian telah diijabkabulkan dengan rasminya ! Tahniah-tahniah ! Fizah tumpang gembira untuk kalian. Walaupun Fizah tak dapat nak pergi, tapi Akak jangan risau. Doa Fizah akan sentiasa mengiringi Akak. Fizah doakan semoga perkahwinan Akak mendapat mawadah dan rahmah dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah + cute mute macam Akak serta berkekalan hingga akhir hayat ! 
Amin ! :)

Haaa.. Ini ucapan eksklusif okay ! Limited edition :)

Apa-apa pun semoga berbahagia hendak-Nya :)

Hmmmm.. Rasanya cukup la kot sampai disini saja coretan untuk hari ini.. InsyaAllah, kalau ada masa lagi.. Aku akan tulis entry baru pulak.. Dan lebih panjang lagi.. Hehe..

Sunday, 11 November 2012

:'(

Dear Cik B..

Cik B, Aku rasa sedih sangat sekarang nie.. Kenapa keadaan jadi macam nie ? Kenapa ? Dalam hidup manusia nie kalau takde feel sad and happy mesti tak sah kan ? Kalau happy tu, okay la. Tapi macam mana pulak kalau tak happy tu ?
Hidup ni memang kadang-kadang susah nak dijangkakan..
Ibarat bom jangka yang kita tak tahu bila-bila masa je dia akan meletup..

...................................................................................................................................................................


Thursday, 8 November 2012

True Friends~


Assalamualaikum semuaaa !!

Eh ada orang ke yang sudi jengah blog kite nie ? Haha.. Tak kisah la, ada ke takde.. Yang penting kite tetap akan tulis juga dekat sini :P Hewhewhew..

Kite takde i d e a lagi untuk entry b a r u..

So, kite just nak s h a r e video lagu nie je :) InsyaAllah lagu nie best sangat.. Hehe.. Tajuknya, "True Friends"..

Malas nak cakap banyak.. Apa kata layan je video nie then sama-sama lah hayati dan fahami l i r i k n ya okay ! (: