Assalamualaikum..
Dah lamanya tak update entry baru.. Sorry yea blog.. Huhuhu.. Aku agak busy kebelakangan nie, maklum la dah masuk Form 6.. Walaupun tengah cuti semester, tapi tetap jugak tak terlepas daripada kesibukan kerja.. Betapa banyaknya assignment yang diberikan oleh Cikgu.. Semuanya kena submit masa bukak sekolah nanti.. Nasib baik la separuh dah siap, tinggal lagi 50% je lagi.. Huh ! Nie baru permulaan beb..
Pagi tadi dalam pukul 9-11 pagi macam tu, aku berada disekolah.. Untuk apa aku ke sekolah yea ? Jawapannya ialah untuk bergotong royong membersihkan kelas baru.. Hehehe.. Kelas baru la, Kami kan budak baru :D Untung giler la kali nie sebabnya dalam satu kelas tu cuma ada 30 orang pelajar je.. Nisbah yang agak standard la.. Bukan tu je, satu Malaysia lagi tu ! Hahaha.. Bangga beb ! Mesti la bangga sebab aku kan anak Malaysia :)
Agak penat, tapi enjoy sangat ! Biasa biasa je.. Penat tapi berbaloi la.. Kelas kiteorang akhirnya nampak betul betul macam bilik kuliah.. Kalau tak, masa kiteorang mula mula bukak tadi.. Hmmm, no comment la.. Bersawang + Tak berseri langsung ! :D
Assalamualaikum..
Adohaiii.. Lama dah rasanya aku tak update entry nie.. Hmmm, almaklum la busy.. Hehe..
Busy ape tu yea ?? Busy dengan Orientasi Babeyh! 2 minggu tu.. Lama gila ! Haha.. Relaks la, saja nak buat kecoh sikit.. Alhamdulillah, hari nie adalah hari ke-2 aku menjalani orientasi.. Best, memang best.. Dapat kawan baru.. Yang agak gila gila jugak la.. Hihi.. Tapi tak pe, aku suka.. Bukannya selalu pun kan nak ikut jadi gila cam tu kan.. Haha.. Hmmm, tak banyak lagi nie yang boleh aku cerita.. Idea tak berapa nak ada.. Nie kiranya sebagai Intro la untuk menyerikan semula blog aku yang suram untuk beberapa ketika nie.. Hehe.. InsyaAllah, nanti kalau aku dah ada idea yang best best.. Akan aku kongsikan disini.. (:
Chauuu..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi.. Hari nie kita telah pun memasuki bulan baru iaitu bulan Mei.. Horayyy !! Dan hari nie jugak merupakan hari yang sangat istimewa la untuk orang yang bekerja sebab diberi cuti !! Kan hari nie Hari Pekerja.. Ok, untuk yang bekerja.. Selamat Hari Pekerja dan Selamat Bercuti aku ucapkan.. Time nie la boleh digunakan untuk rehatkan minda dan luangkan masa dengan keluarga tercinta.. Hehe..
Sekejap je rasa.. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei.. Dan ini juga bermakna yang kita telah pun berada dipertengahan tahun 2012.. Ya Allah ! Macam tak percaya je.. Hah ! Percaya ke tidak, kita kena la balik kepada R E A L I T I.. Memandangkan kita sekarang nie berada di bulan baru.. Kebiasaannya, orang selalu cakap.. Bulan baru haruslah dimulakan dengan niat yang baru sama jugak macam kita memasuki tahun baru gitu.. Hehe..
So, tak ada sebarang perubahan pun untuk bulan baru nie.. Yang Aku harapkan adalah agar Umur aku dipanjangkan dan dimurahkan rezeki untuk aku mencapai segala impian yang aku impikan selama nie.. Bukan tu je, aku juga berharap agar aku akan dapat membalas segala jasa baik kedua ibubapa ku.. Sesungguhnya, mereka adalah harta yang sangat bernilai dalam hidupku dan tiada tandingan dengan harta mahupun wang ringgit..
Doa aku setiap kali selesai solat >> "Aku bermohon kepada Allah SWT semoga Dia
mengampuni segala dosaku, dosa kedua ibubapa ku dan sayangi lah mereka seperti mana mereka menyayangi aku semasa kecil serta panjangkan lah umur dan murahkan lah rezeki
mereka Ya Allah !"