Wednesday, 12 December 2012

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum.. 


Cakkk ! Aisey ada yang tak tido lagi ya rupanya.. Haaa kan dah kantoi :P Cuba lelambai sikit..
Hehehe *Peace.. Disebabkan tak boleh nak tido, so aku decide untuk buat entry baru even time sekarang is 1 pagi..
Sambil sambil tu melayan lagu yang berunsur ketuhanan *Sebak* :) 

Selaluku sakiti Engkau dengan dosaku
Ku balas segala kebaikanMu dengan kekurangan
Tiada pernah ku menyedari semuanya
Bahawa nafas yang ku hirup adalah kuasaMu..

Alhamdulillah
Ku syukuri semua
Terima kasihku Ya Allah
Atas indahnya hidup..

Alhamdulillah
Ku syukuri semua 
Terima kasihku Ya Rabbi
Atas rahmat dalam hidupku..

Ya Allah ! Aku amat bersyukur dengan segala nikmat yang telah Engkau berikan.. Terima kasih Ya Allah kerana kau telah memanjangkan umurku dan memberikan kesihatan tubuh badan kepadaku..
Aku amat bersyukur Ya Allah !
Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang kerdil lagi tidak berdaya..
Peliharalah kami agar sentiasa berada dalam lindunganMu..
Amin..



Thursday, 6 December 2012

Shahir AF8 :)

Assalamualaikum dan.. Selamat Malam !

Hari nie nak buat entry tentang Shahir AF8 ! Sape kenal Shahir ? *Angkat kening sikit* Hahaha.. Okay la mesti ramai yang kenal kan.. Shahir nie antara peserta Akademi Fantasia dan merupakan juara bagi program tersebut (Musim ke-8) Sebenarnya tak banyak sangat yang aku tahu tentang Shahir nie.. Orang kata tak berapa nak detail sangat la ! Tapi aku suka semua lagu dia !First lagu dia "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" kemudian lagu kedua "Luar Biasa" dan banyak lagi la.. Semuanya best-best belaka :D
Dan disebabkan aku tengok Adam dan Hawa jugak la..
Akhirnya baru aku tahu punya la banyak lagu Shahir dalam cerita tu !
Best weiiiiiiiii !!!

Lagu dia ada mesej tersendiri tau.. Sape dengar dan hayati betul-betul, 
insyaAllah korang akan faham :)
So, aku nak share antara lagu yang ada dalam drama #AdamDanHawa tu :D


Cerita Kita~

Dia Yang Kau Pilih~

Pendam~

Aku Yang Berdosa~

Luar Biasa~

Selamat mendengar semua~
Zassssssss

Live While We're Young :D


Wednesday, 28 November 2012

(╥﹏╥)

Assalamualaikum dan Selamat pagi..

Hmmm sebenarnya aku takde mood nak update entry baru nie.. Tapi, aku dah tak boleh nak pendam semua nie sorang diri dah.. Aku rasa sakit sangat. Walau macam mana aku cuba kuatkan hati nie untuk terus bersabar pun namun aku tetap tak mampu.. Sebabnya aku nie hanya la manusia biasa yang banyak kelemahan dan masih memperbaiki segala kekurangan yang ada..

Aku terima segala yang ditakdirkan untuk aku. Bukannya nak mengeluh dengan apa yang Allah SWT telah berikan, tapi aku rasa macam tak mampu nak face semua nie lagi dah. Bayangkan bila kita berada didalam situasi yag memerlukan kita memilih sama ada KELUARGA ataupun SAHABAT ? Apa yang perlu kita buat ? Kalau ikutkan kita, dua-duanya penting sebab dua-dua kita sayang. Persoalannya disini ialah "k e u t a m a a n" dimana kita perlu membuat pilihan yang tepat.. dan pastinya salah satu daripada mereka perlu dikorbankan.. Jawapannya, siapakah yang perlu kita korbankan ? Adakah KELUARGA atau SAHABAT ?



Thursday, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah :')

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah.. Hari nie kita dah pun memasuki tahun baru Islam iaitu 1434 H.. Ya Allah ! Syukur ! Aku masih diberi peluang untuk merasai tahun baru Hijrah nie dengan diberi kepanjangan umur oleh Allah SWT.. Dan yang pastinya, Azam tahun baru ! Bila masuk tahun baru, mesti lah setiap orang ada azam untuk tahun baru kan ? Haaa tapi sebelum tu, azam tahun sudah dah terlaksana ke belum ? Kalau belum tu, seelok-eloknya cover la ke tahun nie.. Mudah-mudahan azam tu akan tercapai jugak pada tahun nie.. Tapi, kalau tak tercapai jugak, bawa la pulak ke tahun berikutnya.. *Sampai dah tercapai* :')

Apa-apa pun, aku nak ucap "Salam Maal Hijrah 1434 H" kepada semua Muslimin dan Muslimat :')

Wednesday, 14 November 2012

Random

Assalamualaikum ! :)

Apa khabar semua ? Sihat ? Aku harap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT hendak-Nya :) Okay. Aku nak tanya nie, sekarang nie musim apa ? Musim apa eh ? Jawab la.. Jawab la.. Jawapannya, musim tengkujuh ! Haha.. Salah lah. Bukan musim tengkujuh, tapi musim cuti sekolah ! Kita dah start cuti sekolah kan.. ?? So, apa plan korang semua time cuti nie ? Mesti ada yang nak pergi bercuti kan.. Tak pun mesti ada yang sibuk nak buat majlis kenduri kahwin kan.. Hah ! Adik-adik dekat luar tu, jangan pulak korang guna kan masa bercuti nie dengan nak kahwin pulak okay ! Hewhewhew.

Ingat, habiskan masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Misalnya, baca buku ke ? Kalau baca buku macam cliche je kan cuti-cuti nie.. So, buat lah aktiviti yang mendatangkan untung pada diri sendiri ya ! At least tak la nampak macam buang masa macam tu je kan.. Haaa, kalau untuk aku pulak. Time macam nie dah sah-sah la kena hadap homework Bahasa Melayu + Pengajian Am ! Semester depan dua subjek nie ada PBS.. So, dah dapat tugasan awal-awal lagi daripada MPM.. Sobsobsob :( But it's okay la. Dah nak siap pun ! Haha.. Bukan banyak mana pun.. InsyaAllah kalau mengikut perancangan yang telah disusun, aku akan gunakan sepanjang bulan November nie sebagai bulan untuk settlekan semua homework nie ! InsyaAllah. Harap-harap tak lari lah daripada perancangan tu.. Amin !

Haaa.. Sebut pasal kenduri kahwin nie, terus je aku teringat undangan ke majlis persandingan Kak Nurul dengan Ustaz ! Nak sangat pergi, tapi jaraknya memungkinkan aku untuk sampai ke sana.. Allah dekat Negeri Sembilan je kot ! Tak payah nak buat teruk sangat eh Fizah ! Haha. Memang la kalau ikutkan dah boleh sampai dah. Itu kalau aku sendiri yang drive ! Nie yang nak drive Abah okay ! Abah pulak takde cuti. So, tak dapat la nak pergi.. Tapi takpe, dekat sini aku nak buat wish untuk diorang berdua. Kiranya termasuk doa sekali lah :)

Ucapan khas untuk Kak Nurul & Ustaz !

Hai Kak Nurul, Fizah disini ! Fizah nak ucapkan selamat pengantin baru dekat Akak dan Ustaz ! Yayyy akhirnya kalian telah diijabkabulkan dengan rasminya ! Tahniah-tahniah ! Fizah tumpang gembira untuk kalian. Walaupun Fizah tak dapat nak pergi, tapi Akak jangan risau. Doa Fizah akan sentiasa mengiringi Akak. Fizah doakan semoga perkahwinan Akak mendapat mawadah dan rahmah dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah + cute mute macam Akak serta berkekalan hingga akhir hayat ! 
Amin ! :)

Haaa.. Ini ucapan eksklusif okay ! Limited edition :)

Apa-apa pun semoga berbahagia hendak-Nya :)

Hmmmm.. Rasanya cukup la kot sampai disini saja coretan untuk hari ini.. InsyaAllah, kalau ada masa lagi.. Aku akan tulis entry baru pulak.. Dan lebih panjang lagi.. Hehe..

Sunday, 11 November 2012

:'(

Dear Cik B..

Cik B, Aku rasa sedih sangat sekarang nie.. Kenapa keadaan jadi macam nie ? Kenapa ? Dalam hidup manusia nie kalau takde feel sad and happy mesti tak sah kan ? Kalau happy tu, okay la. Tapi macam mana pulak kalau tak happy tu ?
Hidup ni memang kadang-kadang susah nak dijangkakan..
Ibarat bom jangka yang kita tak tahu bila-bila masa je dia akan meletup..

...................................................................................................................................................................


Thursday, 8 November 2012

True Friends~


Assalamualaikum semuaaa !!

Eh ada orang ke yang sudi jengah blog kite nie ? Haha.. Tak kisah la, ada ke takde.. Yang penting kite tetap akan tulis juga dekat sini :P Hewhewhew..

Kite takde i d e a lagi untuk entry b a r u..

So, kite just nak s h a r e video lagu nie je :) InsyaAllah lagu nie best sangat.. Hehe.. Tajuknya, "True Friends"..

Malas nak cakap banyak.. Apa kata layan je video nie then sama-sama lah hayati dan fahami l i r i k n ya okay ! (:







Wednesday, 31 October 2012

Last Entry (just for a while)

Assalamualaikum..

What ?? that is my last entry ??? Oh nooo ! Of course la no okay ! Haha.. Heyyy people, I hope that you all not being shocked yea.. I just said like that because to me this entry maybe the last for me before I'm sitting the final exam for semester 1 :) Kuangkuangkuang.. *Cukup la guna English languange nie* Rasanya macam dah tunggang langgang dah.. Hahaha

Okay la, sekarang nie kita cakap dalam bahasa Malaysia pulak nohhh ! Minggu depan dah nak exam sem 1 dah.. Apa persiapan baik dari segi mental dan fizikal pun aku belum buat lagi nie.. Aiyooo macam mana nie ?  Boleh senteng gue macam nie.. Setakat petang nie, aku baru je lepas menelaah subjek BM.. Mana lagi yang tiga subjek tu ehh ? Haha.. Adalah.. Tapi tak mula betul-betul lagi :) Semuanya baru takat "Mukadimmah" je dulu.. Hewhewhew.. Diri nie rasa macam tak ready lagi je nak ambik exam nie.. Macam-macam perasaan ada nie, nervous, obvious, excited, rasa macam nak menangis, nak menjerit la semuanya ada kot ! Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(((

Adehhhhh, kan best kalau ada tempat yang tinggi-tinggi dekat sini.. Boleh la aku pergi naik atas tu then menjerit sepuas-puasnya !! Tapi, malangnya dekat sini takde pun tempat yang tinggi dan yang paling penting senyap sunyi je ! Huh.. Eh aku nie, apahal la banyak sangat mengeluh nie ?? Hello Fizah ! Please wake up okay ? Chill and keep calm.. Just going over the flow girl ! InsyaAllah aku akan boleh jawab semua soalan yang diberikan dengan mudah tanpa sebarang gangguan.. InsyaAllah.. I trust that because Allah is always by my side.. Not only me okay, to people out there.. Please trust this too and most important is everything that you do, think or anything always put Him on the top okay ! InsyaAllah, if He wills.. Everything will be easier for us ! Just pray for Him.. Only to Him :)

p/s : Think first before you did something ! :)

Sunday, 28 October 2012

@___@

Assalamualaikum..

Alamak ! Apa nak jadi nie ? Cuti sekolah sampai 7 hari (seminggu).. Homework tersangkut-sangkut lagi nie.. Haaa stress ma macam nie :( Esok pulak dah nak sekolah ! Ya Allah bolehkah aku menyiapkan semua homework nie dalam masa satu hari = sapu bersih nie ?? InsyaAllah aku BOLEH !! Macam mana pun keadaan, walau apa pun yang terjadi aku tetap akan CUBA siapkan ! InsyaAllah :) 

Mehmehmeh.. Tetiba rasa rindu dekat my little cousin nie.. Semalam dia dah balik :(( So, suasana pun telah bertukar daripada riuh rendah kepada senyap sunyi je.. Huhuhu **So sad maaa*
Kengkawan pulak, mana la korang pergi wei ?? Langsung tak contact each other pung !
Pulak tu tak online "Twitter" pulak..
Sedeyyyyyyy :((

Dah la..
Malas nak tulis bebanyak..
Merajuk sudah bah aku nie.. 
Biarkan aku membawa diri yang serba kerdil ini :(
Huaaaaaaaaaaaaa :'(


Byeeeeeeeeeeeeeeeeeee......

Friday, 19 October 2012

Missing :/

Assalamualaikum :)


Hmmmmmm... Dah lama tak update blog nie.. Rindunyaaa !! :) "Wahai blogku, adakah kau jugak rindukan ku seperti mana aku merindukanmu" ? Hahaha.. Kesiannya, aku bercakap dengan blog rupanya.. Takpe, tak salah pun la luahkan perasaan dekat blog kite.. Sebab apa tak salah, sebab.. Blog ada kawan kite.. Kawan yang paling rapat dengan kite tau.. Bila kite ada problem or kita kesunyian ke, takde orang lain yang kite akan cari.. Kite akan cari blog jugak :p Hewhewhew.. 

Tetiba je rasa macam "kosong" je.. Kenapa nie ???? 

Alahai.. Nie la yang kite paling tak suka tau tak.. Rasa "kosong" nie adalah sesuatu yang tak sepatutnya ada dalam kehidupan seharian kite :/ Sebab... Ianya menyeksakan, menyakitkan, membosankan dan banyak lagi me lahhh..

Huhuhu.. Semakin meningkat usiaku ini, semakin banyak benda yang aku pelajari.. Terutamanya mengenai kehidupan.. Dulu, aku kurang sikit la nak fikir pasal kehidupan nie.. Ermmm, maksud aku.. Kehidupan yang akan datang selain "kerjaya".. Kalau bab kerjaya mesti la kena fikir bahkan boleh dikatakan selalu jugak aku fikir.. Tapi bila datangnya bab lain.. Aku pun jadi @#$%&+=?/ .. Haiyooo..

Dah la.. Malas nak tulis banyak-banyak dekat sini.. Bahaya ! Nanti ketahuan lagi.. Huhuhu..

Friday, 5 October 2012

Heart Vacancy ~~

Assalamualaikum :)

Lately nie Aku suka sangat dengar lagu nie.. Kenapa ntah ? Hehehe.. Sebab lagu nie best lah.. Serius kot ! Nak-nak pulak yang menyanyikannya ialah TheWanted kannn, memang best tahap optimum la !

So, tanpa membuang masa yang terlalu banyak.. Apa kata kita layan sama-sama lagu nie nakkk ? Kalau nak sila dengar, kalau tak nak sila pergi main jauh-jauh yea ! :p


Tuesday, 2 October 2012

Surprise !!

Assalamualaikum & Selamat Malam.. 


Heee.. Firstly, terima kasih daun keladi kepada Fatin Nadiah, Nur Akma Hazwani, Farah Natasya, Nurul Fatihah dan semua yang terlibat dalam mengenakan Aku dan Maherah yea :) Kenakan macam mana tu yea ?? Ha.. Mai sini cheq nak story mory nohh.. Hahaha.. Ceritanya bermula begini.. 

Pada suatu hari.. Alkisah pun bermula..

Waktu tu jam menunjukkan sudah pukul 10.50 pagi pada waktu rehat.. Aku temankan Maherah ke toilet sebab katanya "Dah tak tahan nak pipis" .. So, aku pun temankan lah.. When everything's done.. Tiba-tiba datang la Si Tehah yang mengatakan "Cikgu Hafsah nak jumpa dengan kiteorang".. Kiteorang apa lagi, mula la gelabah bagai sebab ingatkan ada kena mengena dengan exam paper yang tak berapa nak bagus tuuu.. Apa lagi cuakkk la kami pun.. Punya la kalut-kalut naik tangga semata-mata nak jumpa dengan "Cikgu".. Tahu-tahu je, kita malah dikejutkan lagi.. Dikejutkan dengan apa eh ?? Dengan apa lagi.. Kalau bukan dengan "Surprise Cake Chocolate" !! OMG ! We are so shocked okay.. Terus speechless okay.. Maklum la nie first time dalam hidup Aku dapat "Surprise" macam nie daripada sahabat handai.. Memang tak expect langsung pun.. So macam-macam perasaan ada tau.. Terharu, Gembira, Tersentuh, dan macam-macam la.. Sukar nak digambarkan.. InsyaAllah, Aku akan sentiasa ingat "Sweet Moment" nie sampai bila-bila :'D Dan hari nie jugak akan Aku ingat.. InsyaAllah.. 

Pendek kata, sukar sangat nak digambarkan apa yang Aku rasa sekarang nie melalui tulisan.. Pada Aku, biarlah ia menjadi kenangan yang paling indah yang pernah Aku alami.. 

Apa-apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rancangan yang boleh dianggap "Prank" bak kata Nur Akma Hazwani a.k.a MaMamiA ! :)

So.. Nie antara moment yang dapat disematkan menjadi kepingan foto untuk tatapan diri Aku sendiri dan sape-sape yang nak tengok lah.. Dilayangkan khas oleh Aku dan eksklusif hanya di It's My Lifeee™ okay :))



Khusyuknya Diaaa :D

Peace no War ! 
Team Sponsor :Class 6R3 :)

Sesi memotong Kek ! **Terketar2**

1,2,3 Ready with the Cake :)

So sweet !! Haha

Apahal nie ? Macam nak buat bedah siasat je..

Jemput makan :) *Nampak macam nak jatuh je*

Senyum tak perlu kata apa-apa ^^

Potong jangan tak potong !

Kesiannya Dia.. Hehe *Bullying*


Once again, Thanks a lot okay ! InsyaAllah, we will do this again for next year pulak yea :'D 
Eh, tak lupa jugak.. Ada present tau.. Hehehe..


From :MamaMiA :))

*Lots of Love from my Bottom Heart to all of You*

Thursday, 27 September 2012

Exam Dah Tamat !

Hello hello All :D

Saje je nie nak habaq mai yang Aku dah habis exam hari nie ! Hehe :) Seronok, lega, best, happy, enjoy, takut semuanya ada.. Hancuss gila exam kali nie.. Dah la first time ambik, dah tunggang langgang jadinya :/ Nak nak lagi subjek Ekonomi tu.. Aku berani cakap la yang hari Ahad nie mesti Cikgu akan marah kaw kaw punya.. Nak tau sebab apa ?? Sebab kitaorang semua jawab tak habis.. Macam mana nak bagi habisnya kalau dah masa yang diperuntukkan tu terlalu sekejap sangat.. Bayangkan la 2 jam je untuk setiap subjek.. Soalan bukan main susahhh.. Acaner tu ?? Sape yang nak jawabnya ?? Fuhhh.. Macam mana la result Aku nanti yea ? Ok ke idak la agaknya.. Harap-harap ok saja lahhh..

Monday, 24 September 2012

Happy Birthday To Me :D

Assalamualaikum :)



Alhamdulillah hari nie usiaku telah genap 18 tahun ! Aku bersyukur sangat kepada Allah S.W.T kerana telah memberikanku kesempatan sampai ke hari nie untuk masih terus hidup dimuka bumi ini.. Syukur Ya Allah ! (: 

Pertama sekali, aku ingin berterima kasih kepada insan yang paling bermakna dalam hidupku iaitu Mama kerana telah sanggup mengandung, melahir dan membesarkanku serta melayani kerenah anak mu yang satu ini.. Terima Kasih Mama ! Adik sayang Mama selamanya dan tak dilupakan jugak Keluargaku yang tercinta.. :D


Terima kasih jugak kepada kawan baikku iaitu Nur Maherah yang tidak lupa mengenai hari bersejarah dalam hidupku ini ! Love you, Maherah :) Kami harap persahabatan kita akan kekal selamanya, insyaAllah sampai ke Jannah..


Last but not least, doa daripada kalian semua amat ku harapkan.. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian semua..




Lots of love ! XoXo

Saturday, 22 September 2012

Merdeka Raya Part II

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali :) Apa yang jadi sesuai dengan apa yang dirancang ! Syukur !! Walaupun pagi tadi punya la hujan lebat.. Lebat-selebatnya.. Sampaikan Aku expect maybe Cikgu akan batalkan je Pertandingan Perbarisan tu.. Almaklumla, Perbarisan kami orang tak mencukupi kaki dan tangan macam perbarisan orang lain.. Tapi takpe, biarla peserta kami tak ramai pun.. Janji kami Menang !! Oh yeahhh !! :D
Tengok, sape yang tak bangga kalau kita menang kan ? Yesss, kami menang la.. Dapat "Naib Johan lagi tu".. Waaa memang kelasss kau Mariaaa :) Hahaha.. Menang jugak la walaupun cuma ada 7 orang je satu kumpulan.. Hah ! Nie la dia hadiah yang kami dapat tu :D 

Naib Johan Pertandingan Perbarisan Kemerdekaan ke-55

Ok kan ? Tak la besar mana pun.. Tapi berbaloi la beb :p

Apa yang Aku boleh cakap untuk kesemuanya adalah, Ini adalah first time Aku sambut #MerdekaRaya dekat sekolah tau !! Sebelum-sebelum nie Aku tak pernah pun hadirkan diri untuk aktiviti macam nie.. Rupa-rupanya best sangat ! Macam-macam lagu patriotik yang kami nyanyi bersama dengan Guru-guru tadi.. Antaranya lagu Jalur Gemilang, Tanggal 31, dan lagu baru 1M4U :)) Best giler ! Memang meriah sangat-sangat.. Tak rasa menyesal langsung Aku datang kali nie.. Makanan pulak punya la banyak.. Antaranya, lemang, ketupat, nasi impit & kuah kacang, nasi goreng, bihun sup, dan banyak lagi.. Tapi Aku makan satu je ! That is Lemang & Kari Ayam ! MamaMia !! :P

Puas sudah makan dan sebagainya.. Mula la tak tau nak buat apa dah.. Otak nie kira nak balik rumah dah.. Bayangkan la, bila perut dah kenyang.. Nak tunggu apa lagi, balik la jawabnya kan :D .. Ok la, apa kata kita layan sikit gambar-gambar dekat bawah nie sebagai "pencuci mata" yea :')

Me and Maherah :)


Warga SMK Bandar Sg. Petani


Maherah a.k.a Shin Chan :p


Dzul Nadjlaa a.k.a VVIP :D

Kami :D


 Isma + Ayu = IsmaYu






Surau :D



Tak banyak sangat kan, tapi berbaloi lah:D Ok, sampai sini saja yang dapat Aku coretkan untuk hari nie.. Hari yang sangat menyenangkan lagi memenatkan sebenarnya ! Fuhhh.. Bye alls.. XoXo 




Friday, 21 September 2012

The Wanted !

Holla people !

Eh eh apasal nie ? Takde angin, takde ribut.. Tau tau je masuk tak bagi salam.. Yang ada just word "Holla" ? What's the hell ?? Hahaha.. Cehhh, biasa la mood The Wanted punya pasal la nie ! Mana kan tidak, The Wanted punya lagu memang best-best kot :D Chill je muziknya.. Sesuai sangat dengan jiwa remaja kita nie.. Hahaha.. Baru-baru nie diorang ada datang Malaysia tau.. Kalau datang Malaysia nie, confirm confirm la diorang fly straight to Kuala Lumpur a.k.a KL kan :/ Huaaaaaaaaa.. Sedih sangat sebab tak dapat nak tengok diorang secara "live".. Tapi, walaupun kita jauh namun kita tetap dekat dihati kan.. Betul tak The Wanted ?? Heee :D 

Ok la ok la.. Biar la walaupun tak dapat jumpa diorang secara "live" tu kan.. Tapi janga ingat Aku takde diorang punya gambar tau.. Hahaha.. Kalau tak percaya, tengok la dekat bawah nie.. Tapi tu la, semua gambar nie Aku ambik daripada Mr. Google je.. :)





Thursday, 20 September 2012

Merdeka Raya Part I

Assalamualaikum..


Hari nie hari Khamis bersamaan 20 september 2012.. Sibuknya diriku ini.. Sibuk buat apa la sangat tu kan ?? Jawapannya, sibuk membuat persiapan untuk Merdeka Raya hari Sabtu nie.. Ya Allah ! Punya la sibukkk.. Sampaikan hari nie je kiteorang dah habiskan masa seharian dekat sekolah.. Semuanya semata-mata untuk Majlis hari Sabtu nie.. Aku nie bercerita macam aku pulak yang join pertandingan tu padahal yang join tu adik-adik Form 1 je.. Habis tu, yang Aku sibuk sangat kecoh-kecoh nie apahal ? Of course la Aku terlibat ok.. Kalau tak takde maknanya Aku nak kecoh satu blog macam nie !! 



Rupa-rupanya, walaupun hanya ditugaskan untuk membantu adik-adik tu buat persiapan je ternyata tak semudah yang disangka kot.. Susah yang amat la.. Banyak dugaan meh.. Antaranya, dugaan part "Bajet" tu la.. Hishhh boleh sawan tau tak ! Orang lain yang masuk pertandingan, orang lain pulak yang kena spendkan bajet IDD nya.. Sangat la tak patut kan.. Niat kiteorang tolong nie mestilah ikhlas.. Tapi, kalau dah kita je yang beria-ria, tapi yang segelintir tu buat selamba badak je nak buat ape kan..Tak fair la macam tu, nasib baik la "Monitor" dia bagi kerjasama yang baik sangat.. Tak la complicated sangat.. Semuanya jadi mudah sikit.. Baik tau tak Monitor kelas 1N nie.. Dah la kiteorang minta sikit duit untuk nak beli barang-barang yang patut, then dia pun bagi la duit yang diminta tu.. Ok la.. Terima kasih Dik :) Tapi apa yang Aku tak expect tu bila dia sanggup bagi double daripada nilai yang kiteorang minta, bukan tu je.. Dah la dia bagi duit, lepas tu dia jugak la yang bawa barang lagi dari rumah.. Nak tau tak apa yang dia bawa ? Ha.. Rupa-rupanya dia bawa "Bunga Mangga" ! Huahuahua.. Terima kasih bebanyak la Dik oiii.. Hehe :) InsyaAllah kerjasama yang diberikan olehmu akan kami kenang ! 



Ok la, sampai sini saja dulu entry untuk Merdeka Raya Part I nie.. Nanti Aku akan update entry Merdeka Raya II pulak yea :) Tungguuu !!

Thursday, 13 September 2012

First Entry for September !

Assalamualaikum :) 

Hmmm.. Jam menunjukkan sudah pukul 12:30 AM la.. Dan aku masih lagi belum tido.. Entah la kenapa yea ? Adakah sebab tak dapat nak siapkan homework nie or memang mata nie tak nak lelap kot ! Hehe.. Seriously, lately nie aku suka tido lamabat.. Nak tau tak sebab apa ? The answer is >> because i like drink "Nescafe" every night and so far i'll never skip take that even for a day :) Sedap sangat tau tak ! Kalau tak percaya, apa kata korang try la noh.. Serius, sekali cuba then mesti nak lagi..  Phewww

Thursday, 23 August 2012

Yeayyy Raya Datang Lagi !! :)

Assalamualaikum semua..

Yeayyy hari nie dah hari raya kelima okay ! That's mean yang sekolah akan dibuka bebarapa hari saja dari sekarang.. So what about "homework" ? Have you done do that ? Me punya homework belum siap lagi bha ! Oh tidakkkk !! Kenapa kenapa kenapa ?? Kenapa masih belum siap Pah ? Hahaha.. Jawapannya sebab terlalu sibuk sangat beraya sampaikan mood nak buat homework pun dah hilang tau tak ? Of course la tak tau sebab Aku tak cerita lagi kannn.. Hewhewhew :')

Tapi kenapa masa berjalan dengan terlalu pantas hah ? Sampaikan tak terasa pun yang kita kini sudah berada di raya kelima ! Sangat terkezuttt okay ! Phewww.. Ishhh Aku nie ape je la yang tak terkezuttt kannn.. Semua benda nak terkezuttt ! Shittt >___<

Thursday, 9 August 2012

Safe and Sound

I remember tears streaming down your face
When I said, "I'll never let you go"
When all those shadows almost killed your light
I remember you said, "Don't leave me here alone"
But all that's dead and gone and passed tonight

Just close your eyes

The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I will be safe and sound

Don't you dare look out your window darling

Everything's on fire
The war outside our door keeps raging on
Hold onto this lullaby
Even when the music's gone.. gone

Just close your eyes

The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I will be safe and sound

Just close your eyes

You'll be alright
Come morning light,
You and I'll be safe and sound..



Safe and Sound cover by TheSamTsui

Wednesday, 8 August 2012

Marhaban Ya Ramadan !

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kerana masih diberikan kepanjangan umur dan kesihatan tubuh badan untuk menjalani ibadah puasa bagi tahun ini.. Ya Allah ! Tak sangka ternyata Aku masih diberikan peluang oleh-Nya untuk menikmati bulan Ramadan yang penuh dengan barakah ini.. Ku panjatkan kesyukuran ini hanya padaMu Ya Allah !


Dan kepada blog nie, alololo kesian sama kamu.. Sudah lama ku biarkan berhabuk yea.. Dah tebal pun habuk tu :) Hehehe.. Kesibukan menuntut ilmu sebagai seorang pelajar telah menyukarkan Aku untuk mencuri masa meng-update story terbaru buat dirimu.. Hehehe.. By the way, hari nie Aku rasa seolah-olah telah terpanggil untuk meng-updatekan jugak blog nie walau dengan cara apa sekalipun.. So.. Here the story will begin !! >>>


Sedar tak sedar, hari nie dah 19 Ramadan umat Islam menunaikan ibadah puasa.. SubhanaAllah cepat betulkan masa berjalan.. Sampaikan Aku tak terasa bahawa diri ini sedang berada dibulan Ramadan ! Indahnya bulan ini hanya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui.. 


Hmmm.. Nothing to say nie sebenarnya.. Hahaha.. Apa apa pun harapan Aku untuk Ramadan kali nie ialah semoga semua amal ibadatku diterima oleh-Nya.. Amin :')


p/s :Nantikan next entry pulak ok ! See you..

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar..

Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya: Mulai jam 12.00 tengah malam:


1. Sembahyang sunat wudhuk.

2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.


3. Membaca al-Quran.

4. Istighfar: 




5. Zikrullah:




6. Bertasbih: 







7. Selawat:




8. Sembahyang sunat tahajjud.

9. Sembahyang sunat tasbih.

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca: 



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."

Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya:
"Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:




Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

Tuesday, 19 June 2012

Error Correction !

Hi, 

  My motive write this letter is to give know you something. I want to cut connection us. I have think about this very cook. I know i clap one hand only.



  Correctly, i have seen you and she together in town with my eyes self. You always request apology back back. i don't want trust you again ! My friend speak you play three wood. Now i know you correct correct play three wood. So, i break off to pull my body from this love triangle.


  I know this result i pick is very correct because you love she very high from me. So, i break off to go far from here. But i always love where also I have..


Safe live..

Friday, 8 June 2012

Hello !

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog.. Kesian sama kamu.. Berhabuk sudah.. Hehehe.. Ok tak pe, let's me clean you first ok ! Sebenarnya, aku pun tak tau nak update pasal apa.. Hmmmm, *berfikir sekejap* .. Hah! dah tahu dah apa yang aku nak tulis.. Aku nak cerita pasal aktiviti yang aku buat selama cuti sekolah nie..

Ok, antara aktiviti yang aku buat adalah.. Minggu pertama cuti sekolah bermula, memang busy sangat.. Busy dengan apakah ? Of course la busy dengan assignment ! Sumpah banyak gila assignment yang cikgu bagi kot.. Kebanyakkan daripadanya adalah presentation work.. Memang berat la.. Buka je sekolah nanti dah nak kena submit ok ! Actually, idak la banyak mana pun presentation work tu.. Nasib baik la dapat ahli kumpulan yang sangat-sangat ringan tulang, at least tak la terasa sangat beban kerja tu dekat atas bahu nie.. Semua dapat tugas sama rata.. Orang putih kata "Fair la, not more not less" Hahaha ! Sebahagian lagi assignment individu la.. Itu mesti takkan terlepas punya ! Nasib baik tak banyak.. Kus semangat :)

Alhamdulillah.. Dalam kesibukan menyiapkan assignment yang diberikan.. Aku sempat lagi ikut Mama dan Abah pergi kenduri kahwin dekat Guar Chempedak.. Itu tuan punya kenduri ada kaitan persaudaraan sama aku punya Abah daa.. Kiranya "Bau-bau bacang" la.. Heee.. Saja aku ikut sebab nak cuci-cuci mata.. Almaklum la, tetiba ja untuk tahun 2012 nie time cuti sekolah my parents dapat undangan kenduri yang terlalu banyak.. Sampai kekadang tu, tak dapat nak dipenuhi sebab Abah kena kerja.. Abah pun apa lagi, macam tak sampai hati la kan, sebab yang menjemput tu semuanya ada kaitan.. Tapi tak pe, diharapkan agar diorang semua akan faham la dengan situasi nie.. Nak buat macam mana dah takde rezeki.. Maybe kenduri yang akan datang insyaAllah akan kami penuhi :)

Tu semua apa yang berlaku untuk minggu pertama.. Now, aku nak cerita pulak pasal minggu kedua.. Alhamdulillah, akhirnya assignment yang aku kena buat semuanya dah siap.. Complete derr ! Hahaha.. So, ini bermakna aku ada beberapa hari yang terluang untuk berehat dengan sepuas-puasnya ! Yehooo ! Caya la.. Apa lagi macam kebiasaan sebelum-sebelum nie yang aku biasa buat la.. Tido tak sistematik kan.. *Tak sistematik disini bermaksud tido tak ikut masa yang sepatutnya, bayangkan pepagi buta aku dengan my sista boleh slamberr je layan movie dekat laptop dia*  Memang tak sistematik langsung.. So, korang semua tak payah la ikut macamaku and sista aku yea.. Confirm membahayakan kesihatan wahahaha ! Ahh ! Merapu je lebih aku nie kan.. Whatever you wanna say, Aku tak kisah ! Janji apa yang aku tulis nie tak ada kaitan sama sekali dengan kehidupan orang lain.. It's my life !! Wahh.. Panjang benor yea entry untuk bulan baru nie.. Hahaha.. Saje ja aku tulis pepanjang macam nie sebab nak cover balik semua yang lepas-lepas.. Mana la tau kan, esok lusa aku tak sempat nak update yang terbaru at least ada jugak yang nie sebagai mukadimah la untuk bulan baru.. Hehehe..

So, hari nie dah pun hari jumaat.. Ini bermakna cuti sekolah pun akan berakhir lah, dan kehidupan harian ku selepas nie akan dipenuhi dengan assignment yang sangat-sangat mencabar jiwaku yakni mental dan fizikal ku ! Huaaaa ! *Ekstrem gila kot !* Apa-apa pun sebelum aku akhiri entry untuk hari nie, ada sikit la pesanan yang aku nak tinggalkan iaitu, 

"Berusahalah dengan bersungguh2, sehingga kamu mencapai kejayaan yang kamu impikan"

Tuesday, 29 May 2012

Happy + Fun !

Assalamualaikum..

Dah lamanya tak update entry baru.. Sorry yea blog.. Huhuhu.. Aku agak busy kebelakangan nie, maklum la dah masuk Form 6.. Walaupun tengah cuti semester, tapi tetap jugak tak terlepas daripada kesibukan kerja.. Betapa banyaknya assignment yang diberikan oleh Cikgu.. Semuanya kena submit masa bukak sekolah nanti.. Nasib baik la separuh dah siap, tinggal lagi 50% je lagi.. Huh ! Nie baru permulaan beb..


Pagi tadi dalam pukul 9-11 pagi macam tu, aku berada disekolah.. Untuk apa aku ke sekolah yea ? Jawapannya ialah untuk bergotong royong membersihkan kelas baru.. Hehehe.. Kelas baru la, Kami kan budak baru :D Untung giler la kali nie sebabnya dalam satu kelas tu cuma ada 30 orang pelajar je.. Nisbah yang agak standard la.. Bukan tu je, satu Malaysia lagi tu ! Hahaha.. Bangga beb ! Mesti la bangga sebab aku kan anak Malaysia :)


Agak penat, tapi enjoy sangat ! Biasa biasa je.. Penat tapi berbaloi la.. Kelas kiteorang akhirnya nampak betul betul macam bilik kuliah.. Kalau tak, masa kiteorang mula mula bukak tadi.. Hmmm, no comment la.. Bersawang + Tak berseri langsung ! :D

Wednesday, 9 May 2012

Back To School ! Wohoooo !!

Assalamualaikum..


Adohaiii.. Lama dah rasanya aku tak update entry nie.. Hmmm, almaklum la busy.. Hehe..
Busy ape tu yea ?? Busy dengan Orientasi Babeyh! 2 minggu tu.. Lama gila ! Haha.. Relaks la, saja nak buat kecoh sikit.. Alhamdulillah, hari nie adalah hari ke-2 aku menjalani orientasi.. Best, memang best.. Dapat kawan baru.. Yang agak gila gila jugak la.. Hihi.. Tapi tak pe, aku suka.. Bukannya selalu pun kan nak ikut jadi gila cam tu kan.. Haha.. Hmmm, tak banyak lagi nie yang boleh aku cerita.. Idea tak berapa nak ada.. Nie kiranya sebagai Intro la untuk menyerikan semula blog aku yang suram untuk beberapa ketika nie.. Hehe.. InsyaAllah, nanti kalau aku dah ada idea yang best best.. Akan aku kongsikan disini.. (:
Chauuu..

Tuesday, 1 May 2012

Bye April.. Hello Mei !! ☺

Assalamualaikum..


Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi.. Hari nie kita telah pun memasuki bulan baru iaitu bulan Mei.. Horayyy !! Dan hari nie jugak merupakan hari yang sangat istimewa la untuk orang yang bekerja sebab diberi cuti !! Kan hari nie Hari Pekerja.. Ok, untuk yang bekerja.. Selamat Hari Pekerja dan Selamat Bercuti aku ucapkan.. Time nie la boleh digunakan untuk rehatkan minda dan luangkan masa dengan keluarga tercinta.. Hehe.. 


Sekejap je rasa.. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei.. Dan ini juga bermakna yang kita telah pun berada dipertengahan tahun 2012.. Ya Allah ! Macam tak percaya je.. Hah ! Percaya ke tidak, kita kena la balik kepada R E A L I T I.. Memandangkan kita sekarang nie berada di bulan baru.. Kebiasaannya, orang selalu cakap.. Bulan baru haruslah dimulakan dengan niat yang baru sama jugak macam kita memasuki tahun baru gitu.. Hehe.. 


So, tak ada sebarang perubahan pun untuk bulan baru nie.. Yang Aku harapkan adalah agar Umur aku dipanjangkan dan dimurahkan rezeki untuk aku mencapai segala impian yang aku impikan selama nie.. Bukan tu je, aku juga berharap agar aku akan dapat membalas segala jasa baik kedua ibubapa ku.. Sesungguhnya, mereka adalah harta yang sangat bernilai dalam hidupku dan tiada tandingan dengan harta mahupun wang ringgit..


Doa aku setiap kali selesai solat >> "Aku bermohon kepada Allah SWT semoga Dia
mengampuni segala dosaku, dosa kedua ibubapa ku dan sayangi lah mereka seperti mana mereka menyayangi aku semasa kecil serta panjangkan lah umur dan murahkan lah rezeki
mereka Ya Allah !"

Sunday, 29 April 2012

M O O D : S E D I H ☹

Assalamualaikum..

Dengan ini, Aku dah memutuskan yang Aku tak nak mendaftar ke tingkatan 6.. Sepatutnya aku kena happy la, Apsal pulak nak s e d i h ?? Hmmm.. Aku rasa sedih sebab sekarang nie, aku rasa seolah-olah akan kehilangan satu-satunya BFF yang aku ada.. Serius sedih.. Dah la aku nie tak berapa nak ada kawan sangat.. Kenapa Aku mesti rasa macam nie ?? Bukannya aku nak sangat pun rasa semua nie.. Tapi, dah memang benda nie tiba-tiba buat aku terasa..

BFF aku nak masuk Form 6.. Aku pulak tak aaaa.. Then aku rasa macam kiteorang dah ada haluan masing-masing.. Semua angan-angan yang kami cipta semuanya dah H A N C U R !! Nampak gayanya, angan-angan nak belajar dekat tempat yang sama memang tak akan tercapai.. Sedih weiii.. Aku dah tak tau nak mengadu dekat sape.. So, dekat sini je la satu-satunya tempat untuk aku luahkan semua yang aku r a s a.. Sakitnya aku rasa.. Sedih yang amat.. Adakah ini maknanya aku akan kehilangan kawannn sama macam dulu jugak ?? Dah memang nasib aku ke untuk tak de satu kawan pun yang akan berada disisi aku ?? :'(

p/s : Kesiannya aku :((

Thursday, 26 April 2012

Gadget Idamanku !!! ☺

Selamat Petang..


Ok, Sekejap je rasanya masa tu berlalu.. Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Tahu-tahu je dah petang.. Hari nie hujan.. Alhamdulillah hujan rahmat ! Sejuk je suhu petang nie :'P.. Perut pun dan-dan buat bunyi "Laparrr" dan mata pun mula la kuyup semacam je.. What's the hell ! Hurmmm, Aku nak share dalam entry untuk petang nie antara gadget-gadget yang menjadi idamanku.. Antaranya :


>> DSLR Canon
>> iPhone 4
>> Laptop Apple
>> Samsung Galaxy Tab


Tak banyak pun.. Yang nie je.. Dalam empat benda nie, Satu pun belum lagi jadi milik Aku..
InsyaAllah, Aku tak nak cakap kosong je.. One day, Aku mesti dapatkan empat-empat nie..
Slow-slow.. Huhu.. Aku harap sangat nanti aku akan ada semua benda nie dengan menggunakan wang hasil titik peluh aku sendiri.. Doakan aku yea (:


DSLR Canon

Samsung Galaxy Tab

iPhone 4


p/s : Gambar ehsan "Google" (:

Twitter ! Sahabatku ☻

Assalamualaikum..


Hehe.. Ok tajuk hari nie berkaitan dengan laman sosial iaitu "Twitter" .. Haaa ! Kenapa aku tulis pasal twitter eark ?? Sebab pada aku, Twitter nie lagi best daripada "Facebook" .. Haha.. Hmmm, Agak keterlaluan word aku nie.. Agaknya ramai orang yang tak kan suka dengan statement aku nie.. Hewhew.. Sorry to say, Memang dulu Facebook merupakan laman sosial yang paling famous, dan sampai sekarang nie pun still lagi meletup kebaboomm ! Huhu.. Itu la realitinya.. Dan tak dinafikan jugak aku pun salah seorang pengguna Facebook jugak.. Hehe.. Namun kini aku dah beralih arah kepada Twitter.. 


Nak tahu kenapa aku beralih arah ?? Ok.. Ceritanya begini >>..... 


Adalah satu hari tu, Disebabkan tak de kerja nak buat so aku pun tergoogle la Twitter.. Then aku rasa macam menarik je Twitter nie that's why la aku pun buat keputusan untuk create akaun Twitter.. Ingatkan susah la sangat, Laaa.. Rupa-rupanya kacang goreng je kot.. Hehe.. Just klik butang "Sign Up For Twitter" je then isi la butir diri yang dia minta.. Lepas tu dah selesai semua, Tunggu apa lagi.. Klik la butang seterusnya pulak.. Butang ape tu, Aku pun tak pasti la.. Tak hengat ! Hehe.. Tapi jangan risau la, Senang je nak buat.. Asal ikut step-by-step, confirm boleh punya !


Mula-mula tu, Aku tak berapa pandai sangat la nak handle twitter nie, Disebabkan aku tak pandai nak handle la.. Aku tinggalkan je macam tu, Ok tak ?? Then, Time aku free tu.. Aku akan bukak jugak tekan-tekan la apa yang patut kan.. Dan akhirnya aku dah tahu macam mana nak edit profile, change picture, letak background, yang paling penting nak tweet macam mana.. Huhu.. Semua tu aku belajar sendiri dengan hanya main tekan-tekan saja maaa.. Haha.. Yeayy ! Bila aku dah tahu semua basic tu, so aku anggap la yang aku dah tahu nak menggunakan Twitter ! 


Apa yang best dekat twitter nie adalah sebab dapat follow Retis (Artis).. Hehe.. Aku suka je follow diorang semua.. Nak-nak lagi retis yang memang aku minat gila.. Dari sini kita boleh tahu perkembangan terkini diorang secara direct dimana diorang sendiri yang update tanpa menggunakan khidmat "Admin".. Tapi, aku tak koba la yang semua artis tak menggunakan admin.. Ada jugak yang guna, Tapi segelintir je la.. Bukan je boleh tahu perkembangan diorang semata-mata.. Tapi jugak boleh tweet direct dengan retis tau.. Kalau bernasib baik, InsyaAllah tweet yang kome tulis bukan je dibaca tapi jugak akan di reply yob ! Caya la cakap teman..


Kenapa teman cakap rope itu sebabnya dah banyak retis yang pernah reply tweet teman..
Hehe.. Saje la teman nak koba kan, Excited kot.. Maklum la retis, Nak-nak lagi kalau retis yang memang kita admire habis memang over excited la jadinya ! OMG !! Hewhew..
Hishhh gila la aku nie.. Haha.. Ok bukan selalu pun kan nak jadi gila macam nie.. Setahun sekali je !! Twitter kini dah diibaratkan seperti close friend aku, Hari-hari aku akan on twitter tau.. Yea la disebabkan tak de kerja, tu la yang memampukan aku untuk on twitter sepanjang masa.. Sebab, Twitter nie jarang nak membosankan aku.. Timeline (TL) akan sentiasa jammm tak kira masa babe.. Dan Aku memang suka pun bila TL tu jammm kan.. Rasa menyemak sikit !


Dipendekkan cerita, Twitter nie sekarang pun dah sama Hot je macam facebook tu.. Tak de bezanya la.. Macam aku sendiri, Aku ada akaun twitter dan facebook jugak.. Ini memudahkan kita tau sebenarnya.. Contohnya, Kalau kita tak on facebook.. Member yang lain boleh je cari dekat twitter.. Dan dekat situ kita boleh keep in touch jugak.. Sama sejibik macam facebook.. Tapi rasanya twitter lebih upgrade sikit kot ! Haha.. So, Aku suggest kan untuk semua seelok-eloknya korang buat la akaun twitter jugak.. Best tau.. Belum cuba belum tahu bha (Slank Sabahan Sikit).. Haha..


p/s : Gunakan laman sosial nie sebagai sesuatu yang memberikan kita manfaat, bukannya 
        yang mendatangkan keburukan kepada kita (: