Thursday, 27 September 2012

Exam Dah Tamat !

Hello hello All :D

Saje je nie nak habaq mai yang Aku dah habis exam hari nie ! Hehe :) Seronok, lega, best, happy, enjoy, takut semuanya ada.. Hancuss gila exam kali nie.. Dah la first time ambik, dah tunggang langgang jadinya :/ Nak nak lagi subjek Ekonomi tu.. Aku berani cakap la yang hari Ahad nie mesti Cikgu akan marah kaw kaw punya.. Nak tau sebab apa ?? Sebab kitaorang semua jawab tak habis.. Macam mana nak bagi habisnya kalau dah masa yang diperuntukkan tu terlalu sekejap sangat.. Bayangkan la 2 jam je untuk setiap subjek.. Soalan bukan main susahhh.. Acaner tu ?? Sape yang nak jawabnya ?? Fuhhh.. Macam mana la result Aku nanti yea ? Ok ke idak la agaknya.. Harap-harap ok saja lahhh..

Monday, 24 September 2012

Happy Birthday To Me :D

Assalamualaikum :)



Alhamdulillah hari nie usiaku telah genap 18 tahun ! Aku bersyukur sangat kepada Allah S.W.T kerana telah memberikanku kesempatan sampai ke hari nie untuk masih terus hidup dimuka bumi ini.. Syukur Ya Allah ! (: 

Pertama sekali, aku ingin berterima kasih kepada insan yang paling bermakna dalam hidupku iaitu Mama kerana telah sanggup mengandung, melahir dan membesarkanku serta melayani kerenah anak mu yang satu ini.. Terima Kasih Mama ! Adik sayang Mama selamanya dan tak dilupakan jugak Keluargaku yang tercinta.. :D


Terima kasih jugak kepada kawan baikku iaitu Nur Maherah yang tidak lupa mengenai hari bersejarah dalam hidupku ini ! Love you, Maherah :) Kami harap persahabatan kita akan kekal selamanya, insyaAllah sampai ke Jannah..


Last but not least, doa daripada kalian semua amat ku harapkan.. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian semua..




Lots of love ! XoXo

Saturday, 22 September 2012

Merdeka Raya Part II

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali :) Apa yang jadi sesuai dengan apa yang dirancang ! Syukur !! Walaupun pagi tadi punya la hujan lebat.. Lebat-selebatnya.. Sampaikan Aku expect maybe Cikgu akan batalkan je Pertandingan Perbarisan tu.. Almaklumla, Perbarisan kami orang tak mencukupi kaki dan tangan macam perbarisan orang lain.. Tapi takpe, biarla peserta kami tak ramai pun.. Janji kami Menang !! Oh yeahhh !! :D
Tengok, sape yang tak bangga kalau kita menang kan ? Yesss, kami menang la.. Dapat "Naib Johan lagi tu".. Waaa memang kelasss kau Mariaaa :) Hahaha.. Menang jugak la walaupun cuma ada 7 orang je satu kumpulan.. Hah ! Nie la dia hadiah yang kami dapat tu :D 

Naib Johan Pertandingan Perbarisan Kemerdekaan ke-55

Ok kan ? Tak la besar mana pun.. Tapi berbaloi la beb :p

Apa yang Aku boleh cakap untuk kesemuanya adalah, Ini adalah first time Aku sambut #MerdekaRaya dekat sekolah tau !! Sebelum-sebelum nie Aku tak pernah pun hadirkan diri untuk aktiviti macam nie.. Rupa-rupanya best sangat ! Macam-macam lagu patriotik yang kami nyanyi bersama dengan Guru-guru tadi.. Antaranya lagu Jalur Gemilang, Tanggal 31, dan lagu baru 1M4U :)) Best giler ! Memang meriah sangat-sangat.. Tak rasa menyesal langsung Aku datang kali nie.. Makanan pulak punya la banyak.. Antaranya, lemang, ketupat, nasi impit & kuah kacang, nasi goreng, bihun sup, dan banyak lagi.. Tapi Aku makan satu je ! That is Lemang & Kari Ayam ! MamaMia !! :P

Puas sudah makan dan sebagainya.. Mula la tak tau nak buat apa dah.. Otak nie kira nak balik rumah dah.. Bayangkan la, bila perut dah kenyang.. Nak tunggu apa lagi, balik la jawabnya kan :D .. Ok la, apa kata kita layan sikit gambar-gambar dekat bawah nie sebagai "pencuci mata" yea :')

Me and Maherah :)


Warga SMK Bandar Sg. Petani


Maherah a.k.a Shin Chan :p


Dzul Nadjlaa a.k.a VVIP :D

Kami :D


 Isma + Ayu = IsmaYu






Surau :D



Tak banyak sangat kan, tapi berbaloi lah:D Ok, sampai sini saja yang dapat Aku coretkan untuk hari nie.. Hari yang sangat menyenangkan lagi memenatkan sebenarnya ! Fuhhh.. Bye alls.. XoXo 




Friday, 21 September 2012

The Wanted !

Holla people !

Eh eh apasal nie ? Takde angin, takde ribut.. Tau tau je masuk tak bagi salam.. Yang ada just word "Holla" ? What's the hell ?? Hahaha.. Cehhh, biasa la mood The Wanted punya pasal la nie ! Mana kan tidak, The Wanted punya lagu memang best-best kot :D Chill je muziknya.. Sesuai sangat dengan jiwa remaja kita nie.. Hahaha.. Baru-baru nie diorang ada datang Malaysia tau.. Kalau datang Malaysia nie, confirm confirm la diorang fly straight to Kuala Lumpur a.k.a KL kan :/ Huaaaaaaaaa.. Sedih sangat sebab tak dapat nak tengok diorang secara "live".. Tapi, walaupun kita jauh namun kita tetap dekat dihati kan.. Betul tak The Wanted ?? Heee :D 

Ok la ok la.. Biar la walaupun tak dapat jumpa diorang secara "live" tu kan.. Tapi janga ingat Aku takde diorang punya gambar tau.. Hahaha.. Kalau tak percaya, tengok la dekat bawah nie.. Tapi tu la, semua gambar nie Aku ambik daripada Mr. Google je.. :)





Thursday, 20 September 2012

Merdeka Raya Part I

Assalamualaikum..


Hari nie hari Khamis bersamaan 20 september 2012.. Sibuknya diriku ini.. Sibuk buat apa la sangat tu kan ?? Jawapannya, sibuk membuat persiapan untuk Merdeka Raya hari Sabtu nie.. Ya Allah ! Punya la sibukkk.. Sampaikan hari nie je kiteorang dah habiskan masa seharian dekat sekolah.. Semuanya semata-mata untuk Majlis hari Sabtu nie.. Aku nie bercerita macam aku pulak yang join pertandingan tu padahal yang join tu adik-adik Form 1 je.. Habis tu, yang Aku sibuk sangat kecoh-kecoh nie apahal ? Of course la Aku terlibat ok.. Kalau tak takde maknanya Aku nak kecoh satu blog macam nie !! 



Rupa-rupanya, walaupun hanya ditugaskan untuk membantu adik-adik tu buat persiapan je ternyata tak semudah yang disangka kot.. Susah yang amat la.. Banyak dugaan meh.. Antaranya, dugaan part "Bajet" tu la.. Hishhh boleh sawan tau tak ! Orang lain yang masuk pertandingan, orang lain pulak yang kena spendkan bajet IDD nya.. Sangat la tak patut kan.. Niat kiteorang tolong nie mestilah ikhlas.. Tapi, kalau dah kita je yang beria-ria, tapi yang segelintir tu buat selamba badak je nak buat ape kan..Tak fair la macam tu, nasib baik la "Monitor" dia bagi kerjasama yang baik sangat.. Tak la complicated sangat.. Semuanya jadi mudah sikit.. Baik tau tak Monitor kelas 1N nie.. Dah la kiteorang minta sikit duit untuk nak beli barang-barang yang patut, then dia pun bagi la duit yang diminta tu.. Ok la.. Terima kasih Dik :) Tapi apa yang Aku tak expect tu bila dia sanggup bagi double daripada nilai yang kiteorang minta, bukan tu je.. Dah la dia bagi duit, lepas tu dia jugak la yang bawa barang lagi dari rumah.. Nak tau tak apa yang dia bawa ? Ha.. Rupa-rupanya dia bawa "Bunga Mangga" ! Huahuahua.. Terima kasih bebanyak la Dik oiii.. Hehe :) InsyaAllah kerjasama yang diberikan olehmu akan kami kenang ! 



Ok la, sampai sini saja dulu entry untuk Merdeka Raya Part I nie.. Nanti Aku akan update entry Merdeka Raya II pulak yea :) Tungguuu !!

Thursday, 13 September 2012

First Entry for September !

Assalamualaikum :) 

Hmmm.. Jam menunjukkan sudah pukul 12:30 AM la.. Dan aku masih lagi belum tido.. Entah la kenapa yea ? Adakah sebab tak dapat nak siapkan homework nie or memang mata nie tak nak lelap kot ! Hehe.. Seriously, lately nie aku suka tido lamabat.. Nak tau tak sebab apa ? The answer is >> because i like drink "Nescafe" every night and so far i'll never skip take that even for a day :) Sedap sangat tau tak ! Kalau tak percaya, apa kata korang try la noh.. Serius, sekali cuba then mesti nak lagi..  Phewww