Monday, 8 April 2013

Sudut P O S I T I F :')

Assalamualaikum..

Whoaa ! Alhamdulillah cuaca hari nie nyaman sangat.. Nampak gaya macam nak hujan pun ada !  Haaa okay sangat la tu kalau hujan pun kan.. Orang kata 'hujan rahmat' ! :)

Tajuk entry kali nie macam meriah sikit. Meriah sikit je tak banyak pun ! Eh ? Hewhewhew.. Hurmm apa-apa je la. Tapi pada aku gayanya macam meriah.. Hahahaha. Dah-dah.. Cukup-cukup kang banyak pulak yang aku merepek.. Sudahnya tak kena tajuk ! Choiii. Okay jom kita mulakan..

First of all, bismillahirahmanirrahim.. Korang pernah dengar tak ayat nie ? "Kalau kita sentiasa berfikiran positif maka perkara positif lah yang akan mengelilingi kita".. Sape yang kaki tengok TV macam aku nie, confirm lah korang akan tahu kot ! :P Tapi kalau bukan kaki TV tu.. Hurmmm tak dapek den nak nolong haa.. Kihkihkih.. Alaaa korang buat-buat pernah dengar dah la ya :D

Bila aku fikir balik bait-bait daripada kata-kata tu.. Aku rasa banyak benda yang kita akan faham sebenarnya. Contohnya, aku rasa macam kata-kata tu satu motivasi untuk aku. Kenapa aku cakap macam tu sebab aku tengah mencuba meletakkan diri aku dalam situasi nie. Situasi apa ? Situasi positif la geng ! Tahu tak, bila kita fikir benda yang positif a.k.a baik maknanya kita sedang mencipta perkara yang positif disekitar kita.

Notes :- So, mari la kita bersama-sama berfikir ke arah sudut yang p o s i t i f yea kawan-kawan semua :)

S Y U K U R :'D

Asssalamualaikum :)

Wahhh dah lama tak menulis nie.. Berhabuk tahap teruk dah nie ! Haisyyy apakan daya.. Kekangan masa yang menyebabkan aku tak berkesempatan untuk meng-update ini blog. Sorry Mr. B :( Sekian lama kau telah ku sisihkan.. Huhuhu

Haaa.. Enough enough.. Hurmm, alhamdulillah sekarang nie baru ada peluang nak buat entry baru.. Sekali tengok, entry tahun lepas lagi banyak berbanding tahun nie.. Tahun nie punya, satu pun takde okey.. Sangat sedihhh :(  Lagi sedih tu sekarang dah bulan April ! Dah berbulan la gamaknya aku tak update ini blog.. Kuikuikui.. Whoaa betapa cepatnya masa itu berlalu kan.. Sampai tak sedar pun ada jugak kekadang tu..

Dah dah.. Aku tak nak banyak mengeluh sangat. Memandangkan ini adalah entry yang pertama untuk tahun 2013, so aku decide nak mulakan dengan apa yang berlaku semalam.. Nak tau tak apa yang berlaku semalam ? Hehe.. Semalam merupakan hari yang dikira agak penting jugak la bagi aku sebagai insan yang bergelar "pelajar". Guess what ? Semalam adalah hari pembentangan kerja kursus aku okey. Setelah sekian lama menantikan hari itu, akhirnya telah tiba jugak iaitu s e m a l a m :) Apa yang aku boleh katakan dekat sini is aku rasa lega sangat-sangat.. Bersyukur sangat la sebab semuanya dah pun selesai.. Alhamdulillah, sesi pembentangan tu berjalan dengan lancar seadanya.. So, lepas nie dah tak payah fikir about PBS lagi. Nak fokus pada trial and final exam pulak.. Dah nak dekat nie.. Dup dap dup dap :O

Apa pun, kena study la sekarang nie.. Dah takde masa nak main-main lagi dah oiiii.. Fokus pada satu benda je weiiiii.. Apa "benda" tu wei ? Apa laginya, "M A S A D E P A N" la :D InsyaAllah ! Mesti la aku nak masa depan yang terjamin. Bukan je menjamin diri aku tapi jugak keluarga aku okey ! *Family First* (Ingatan untuk diri sendiri)


Notes :- Ini entry sepatutnya di publishkan bulan Januari hari tu.. Tapi tak kesampaian. So, setelah diedit semula, baru la boleh di publishkan pada hari ini iaitu bulan April ! Hurmm, boleh la daripada takde langsung ye dak ? :)