Sunday, 29 April 2012

M O O D : S E D I H ☹

Assalamualaikum..

Dengan ini, Aku dah memutuskan yang Aku tak nak mendaftar ke tingkatan 6.. Sepatutnya aku kena happy la, Apsal pulak nak s e d i h ?? Hmmm.. Aku rasa sedih sebab sekarang nie, aku rasa seolah-olah akan kehilangan satu-satunya BFF yang aku ada.. Serius sedih.. Dah la aku nie tak berapa nak ada kawan sangat.. Kenapa Aku mesti rasa macam nie ?? Bukannya aku nak sangat pun rasa semua nie.. Tapi, dah memang benda nie tiba-tiba buat aku terasa..

BFF aku nak masuk Form 6.. Aku pulak tak aaaa.. Then aku rasa macam kiteorang dah ada haluan masing-masing.. Semua angan-angan yang kami cipta semuanya dah H A N C U R !! Nampak gayanya, angan-angan nak belajar dekat tempat yang sama memang tak akan tercapai.. Sedih weiii.. Aku dah tak tau nak mengadu dekat sape.. So, dekat sini je la satu-satunya tempat untuk aku luahkan semua yang aku r a s a.. Sakitnya aku rasa.. Sedih yang amat.. Adakah ini maknanya aku akan kehilangan kawannn sama macam dulu jugak ?? Dah memang nasib aku ke untuk tak de satu kawan pun yang akan berada disisi aku ?? :'(

p/s : Kesiannya aku :((

Thursday, 26 April 2012

Gadget Idamanku !!! ☺

Selamat Petang..


Ok, Sekejap je rasanya masa tu berlalu.. Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Tahu-tahu je dah petang.. Hari nie hujan.. Alhamdulillah hujan rahmat ! Sejuk je suhu petang nie :'P.. Perut pun dan-dan buat bunyi "Laparrr" dan mata pun mula la kuyup semacam je.. What's the hell ! Hurmmm, Aku nak share dalam entry untuk petang nie antara gadget-gadget yang menjadi idamanku.. Antaranya :


>> DSLR Canon
>> iPhone 4
>> Laptop Apple
>> Samsung Galaxy Tab


Tak banyak pun.. Yang nie je.. Dalam empat benda nie, Satu pun belum lagi jadi milik Aku..
InsyaAllah, Aku tak nak cakap kosong je.. One day, Aku mesti dapatkan empat-empat nie..
Slow-slow.. Huhu.. Aku harap sangat nanti aku akan ada semua benda nie dengan menggunakan wang hasil titik peluh aku sendiri.. Doakan aku yea (:


DSLR Canon

Samsung Galaxy Tab

iPhone 4


p/s : Gambar ehsan "Google" (:

Twitter ! Sahabatku ☻

Assalamualaikum..


Hehe.. Ok tajuk hari nie berkaitan dengan laman sosial iaitu "Twitter" .. Haaa ! Kenapa aku tulis pasal twitter eark ?? Sebab pada aku, Twitter nie lagi best daripada "Facebook" .. Haha.. Hmmm, Agak keterlaluan word aku nie.. Agaknya ramai orang yang tak kan suka dengan statement aku nie.. Hewhew.. Sorry to say, Memang dulu Facebook merupakan laman sosial yang paling famous, dan sampai sekarang nie pun still lagi meletup kebaboomm ! Huhu.. Itu la realitinya.. Dan tak dinafikan jugak aku pun salah seorang pengguna Facebook jugak.. Hehe.. Namun kini aku dah beralih arah kepada Twitter.. 


Nak tahu kenapa aku beralih arah ?? Ok.. Ceritanya begini >>..... 


Adalah satu hari tu, Disebabkan tak de kerja nak buat so aku pun tergoogle la Twitter.. Then aku rasa macam menarik je Twitter nie that's why la aku pun buat keputusan untuk create akaun Twitter.. Ingatkan susah la sangat, Laaa.. Rupa-rupanya kacang goreng je kot.. Hehe.. Just klik butang "Sign Up For Twitter" je then isi la butir diri yang dia minta.. Lepas tu dah selesai semua, Tunggu apa lagi.. Klik la butang seterusnya pulak.. Butang ape tu, Aku pun tak pasti la.. Tak hengat ! Hehe.. Tapi jangan risau la, Senang je nak buat.. Asal ikut step-by-step, confirm boleh punya !


Mula-mula tu, Aku tak berapa pandai sangat la nak handle twitter nie, Disebabkan aku tak pandai nak handle la.. Aku tinggalkan je macam tu, Ok tak ?? Then, Time aku free tu.. Aku akan bukak jugak tekan-tekan la apa yang patut kan.. Dan akhirnya aku dah tahu macam mana nak edit profile, change picture, letak background, yang paling penting nak tweet macam mana.. Huhu.. Semua tu aku belajar sendiri dengan hanya main tekan-tekan saja maaa.. Haha.. Yeayy ! Bila aku dah tahu semua basic tu, so aku anggap la yang aku dah tahu nak menggunakan Twitter ! 


Apa yang best dekat twitter nie adalah sebab dapat follow Retis (Artis).. Hehe.. Aku suka je follow diorang semua.. Nak-nak lagi retis yang memang aku minat gila.. Dari sini kita boleh tahu perkembangan terkini diorang secara direct dimana diorang sendiri yang update tanpa menggunakan khidmat "Admin".. Tapi, aku tak koba la yang semua artis tak menggunakan admin.. Ada jugak yang guna, Tapi segelintir je la.. Bukan je boleh tahu perkembangan diorang semata-mata.. Tapi jugak boleh tweet direct dengan retis tau.. Kalau bernasib baik, InsyaAllah tweet yang kome tulis bukan je dibaca tapi jugak akan di reply yob ! Caya la cakap teman..


Kenapa teman cakap rope itu sebabnya dah banyak retis yang pernah reply tweet teman..
Hehe.. Saje la teman nak koba kan, Excited kot.. Maklum la retis, Nak-nak lagi kalau retis yang memang kita admire habis memang over excited la jadinya ! OMG !! Hewhew..
Hishhh gila la aku nie.. Haha.. Ok bukan selalu pun kan nak jadi gila macam nie.. Setahun sekali je !! Twitter kini dah diibaratkan seperti close friend aku, Hari-hari aku akan on twitter tau.. Yea la disebabkan tak de kerja, tu la yang memampukan aku untuk on twitter sepanjang masa.. Sebab, Twitter nie jarang nak membosankan aku.. Timeline (TL) akan sentiasa jammm tak kira masa babe.. Dan Aku memang suka pun bila TL tu jammm kan.. Rasa menyemak sikit !


Dipendekkan cerita, Twitter nie sekarang pun dah sama Hot je macam facebook tu.. Tak de bezanya la.. Macam aku sendiri, Aku ada akaun twitter dan facebook jugak.. Ini memudahkan kita tau sebenarnya.. Contohnya, Kalau kita tak on facebook.. Member yang lain boleh je cari dekat twitter.. Dan dekat situ kita boleh keep in touch jugak.. Sama sejibik macam facebook.. Tapi rasanya twitter lebih upgrade sikit kot ! Haha.. So, Aku suggest kan untuk semua seelok-eloknya korang buat la akaun twitter jugak.. Best tau.. Belum cuba belum tahu bha (Slank Sabahan Sikit).. Haha..


p/s : Gunakan laman sosial nie sebagai sesuatu yang memberikan kita manfaat, bukannya 
        yang mendatangkan keburukan kepada kita (:



Wednesday, 25 April 2012

Dilemaaaaaaaaaaaa Betulllllllllllllllllll !!!!

Assalamualaikum..

Hari nie 25 April 2012, iaitu hari Rabu.. Keputusan kemasukan matriks & tingkatan 6 
diumumkan.. Hmmmm, Matriks aku tak dapat.. Alhamdulillah syukur sebab tak dapat.. Kalau dapat, rasanya kena fikir jugak la sama ada nak pergi atau tak.. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, Aku dapat tingkatan 6 !!!! Jurusan kemanusiaan.. Semua member-member rapat aku pun dapat jugak tingkatan 6, bukan je kiteorang sama jurusan tapi satu sekolah lagi tu !!!! Memang best la kan.. Boleh gathering macam dulu balik.. Huhu.. Aku ???? Masih memikir.. Aku minta pendapat daripada Kakak aku, So dia cakap.. Tunggu dulu sampai keputusan UPU & Politeknik keluar then baru la buat pilihan.. So, tunggu & lihat la yea :)

Tuesday, 24 April 2012

Bengang !!

Assalamualaikum..

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa


Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama
Dirimu yang sering berdusta





Friday, 20 April 2012

Segmen Memasak - Simple & Sedap -

Assalamualaikum..


SOSEJ GORENG


BAHAN-BAHAN :

6 batang sosej ayam | dipotong serong dan direbus
1 biji tomato | dipotong dadu
1 biji bawang besar | dihiris
1 sudu teh bawang putih | dicincang
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Panaskan sedikit minyak & tumiskan bwang putih sehingga naik baunya.
2. Setelah naik bau, masukkan sos tomato & sos cili. Kacau rata & biarkan masak selama minit.
3. Masukkan hirisan sosej, bawang besar,tomato & kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.


p/s : Sumber diambil daripada laman web majalah rasa.com :')

Monday, 16 April 2012

Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia.. 

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran, dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadis yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadis yang lain mengatakan : Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan sakaratul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a mengatakan : Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan  dan kepapaan, dan 1000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

Sunday, 15 April 2012

Ubat, Doa & Penyembuhan..

Assalamualaikum..


Petang nie Aku nak share sikit la tentang apa yang Aku baca dalam buku hasil tulisan Al Fadhil Ustaz Sharhan Safie.. Beliau merupakan seorang penceramah bebas dan amat dikenali terutamanya mengenai rawatan perubatan secara Islam..






Jadi disini Aku ingin berkongsi salah satu doa yang merupakan rawatan untuk menyembuhkan penyakit yang amat merbahaya iaitu Penyakit Kanser @ Barah..


"Doa-doa untuk rawatan penyakit barah, sambil meletakkan tangan pada tempat yang sakit bacalah" :


1. Surah Al Fatihah 1x
2. Ayat Kursi 1x
3. Selawat Syifa' 7x
4. Surah Al Qalam (Ayat 1-2) 7x *Sila rujuk Al-Quran.





Meaning Of Surah Al-Ikhlas

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirrahim..
Let's read and understand :))





Sedang Apa Dan Dimana ?? ☹

Assalamualaikum..


Dimana dimana..
Dimanakah BFF ku ??
Ke mana Kau menghilang ??
Apsal sonyap yo ??

Dah lama rasanya Kita tak bersua..

Aku rindu..
Rindu padamu..
Hurmm, Mike tak rindu dekat Teman ke ??

Untukmu BFF ku..
Ku titipkan khas sebuah lagu untukmu..
Nyanyian Sammy Simorangkir..
Tajuknya "Sedang Apa Dan Dimana"..




Saturday, 14 April 2012

Siapa Norhafizah a.k.a Aku ?? ☺

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia..

Tajuk entri untuk pagi yang tak berapa nak pagi nie agak spesifik sikit la sebab ianya berkait rapat dengan diri Aku sendiri.. Hehehe.. Ok let's we start ====>>>>


Nama Aku Norhafizah Binti Mohamad Asri, Anak kedua daripada empat beradik, Mempunyai empat orang adik beradik iaitu dua perempuan & dua lelaki, Aku dilahirkan di Hospital Daerah Lumut. Perak Darul Ridzuan tetapi dibesarkan di Sungai Petani. Kedah Darul Aman.. Hah ! Makanan kegemaran Aku adalah Masakan Mama Tercinta, Nasi Ayam, Koey Teow Goreng (tanpa kerang) sebab Aku tak suka kerang.. Hahaha.. Pendekkan cerita, Aku nie tak cerewet la sangat dalam bab makan nie.. Apa2 pun Aku makan, Cuma tolak batu, pasir, kayu, dan yang sama waktu dengannya je yang Aku tak makan.. Minuman kegemaran Aku pulak of coz la Milo Ais.. Hurmm, Slurpppppppppp ! Yang terbaru adalah Nescafe.. Perghhhh memang terbaik !.. 


Selesai bab makan & minum.. Sekarang nie masuk bab minat pulak.. Apa yang Aku minat eark ?? Hahaha.. Boleh pulak Aku tanya, Memang Aku la yang nak kena jawab balik kan.. Ok, Aku minat Menonton TV, Mendengar Muzik, Beriadah (main badminton, tolong Mama, dll)
Cita-cita Aku, Dulu teringin giler nak jadi Doktor.. Sekarang nie tak tau dah nak jadi ape.. Huhuhu.. Ape yang pasti, Mestilah Aku nak jadi Orang yang berguna pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.. Besar tu pengertiannya.. Maknanya besar jugak la tanggungjawabnya.. Wahhh ! Semua orang mesti ada impian, Macam tu jugak la Aku.. Impian Aku adalah Aku nak sambung belajar sampai ke peringkat yang paling tinggi.. Disini Aku nyatakan step-by-step peringkat pembelajaran, Kalau ada salah tu.. Sorry la.. Aku senaraikan mengikut yang Aku tau je la.. 


****Peringkat terendah >>>> Peringkat tertinggi..


Tadika >> Sekolah Rendah (UPSR) >> Sekolah Menengah (PMR, SPM & STPM) >> Universiti (DIPLOMA, IJAZAH, SARJANA MUDA, & PHD)  


Betul ke tu ?? Hehehe.. Kalau salah tolong betulkan..


Tak habis lagi, Nie pasal moment pulak.. Hahaha.. Setiap orang mesti ada moment masing2 kan misalnya yang manis atau yang pahit cam tu la.. Aku pun ada jugak.. Cehhh saje nak buat kecoh.. Hahaha.. Moment manis Aku adalah waktu luangkan masa lapang dengan keluarga tercinta.. Tak kira la apa pun aktivitinya asalkan dengan keluarga Aku, Pada Aku itu la moment yang paling sweet & beautiful lorhhh.. Yang pahit pulak ada satu je, Yang Aku akan ingat sampai bila2 la iaitu jatuh basikal.. Serius bunyi macam cliche kan, Tapi tu la yang sangat bermakna pada Aku, Mana taknya.. Aku jatuh sampai kepala lutut Aku berdarah.. Bukan luka kecik tau, Darah mengalir banyak kot.. Huhuhu.. Sampai nak jalan pun tak boleh.. Sampai sekarang nie parut luka tu masih ada dekat kepala lutut Aku.. Setiap kali terpandangkan lutut je, Mesti Aku akan ingat moment tu.. Huuu..


Errmm, moh kita cerita bab warna pulak.. Warna sesuatu yang amat unik.. Sape yang tak suka warna ?? Habaq mai kat Cheq.. Bohong la kalau ada orang yang tak suka dengan warna..  Lain la kalau melukis kan, Memang la akan ada yang suka dan ada yang tak suka kan.. Aku suka warna merah jambu, putih, dan warna2 yang cerah la.. Warna gelap tu kureng sikit la..
Sebab kalau Aku pakai apa2 je yang berwarna gelap contohnya tudung warna HITAM, Memang muka Aku akan nampak BULAT kot.. Ishhh.. Huduhhh sangat.. Hahaha.. Tapi kadang2 tu Aku jeles jugak tengok orang lain pakai tudung warna HITAM tu sesuai je dengan diorang.. Nape Aku tak ?? Sob sob sob..


Hah ! tu bab warna, Dah nak sampai ke penghujung cerita dah nie.. Lastly sebelum Aku sudahi cerita mengenai diri Aku nie, Ada satu lagi yang Aku nak nyatakan iaitu Prinsip Hidup Aku.. Word nie memang dah lama Aku pegang.. The word is "Be the best, Beat the rest"..
Bermakna sangat prinsip nie.. So, Aku nak tegaskan disini bahawa apa yang Aku tulis untuk entri nie memang 110 % tentang diri Aku.. Cerita sebenar dan bukan rekaan semata2..
Sebab yang tahu pasal diri Aku hanya la Aku.. Bukan orang lain.. So persetankan apa yang dikatakan oleh orang luar dan yakin la pada diri sendiri.. 


p/s : "Jika kita berdusta, Itu bermakna kita berdusta terhadap diri kita sendiri" :)

Supplication For Anxiety And Sorrow

Good Morning Peeps !
Let's read & understand this Surah together :)



Friday, 13 April 2012

Don't Be Sad

Good Evening ! Happy Good Friday :D



My Bestie Friend !!

Hurmmm.. Memandangkan hari nie Aku tak tahu nak tulis entry tentang apa so Aku decide untuk share kan gambar-gambar bestie friend Aku.. Semua gambar nie kami capture masa pergi buat "Study Group" di public library @ Taman Jubli Perak.. Hahaha.. Dah habis study so tak tahu nak buat apa.. So sebelum balik, Kiteorang pun apa lagi.. Buat sesi photoshoot la.. Huahuahua.. Semua gambar nie diambil pada 25/10/2011 bersamaan hari apa, Itu Aku kurang hengat.. Hahaha.. 




















Sorry la yea imej gambar agak sedikit blurr.. Almaklum la cuma guna camera handphone je:)


p/s : Semua nie adalah moment indah yang takkan mungkin Aku lupakan sampai bila-bila.. Love Uollssssss !!

One Direction

What Makes Your Beautiful


[Chorus]
Baby you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground it aint hard to tell
You don't know
Oh Oh
You don't know you're beautiful




p/s : Lagu nie best sangat.. I like !!!

Monday, 9 April 2012

Rindunya Aku Sama Kalian :D

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia..

Petang yang sangat indah.. Cuaca yang agak panas jugak.. Huhuhu.. Hmmm, Tetiba teringatkan kawan-kawan pulak..
Ape la yang diorang tengah buat sekarang nie ?? Sihat ke ?? Rindu dekat Aku ke tak ?? Semuanya senyap je.. Yang ada pun cuma Fatin, Farhana & Syahirah je yang still keep in touch dengan Aku..


Mana yang lain ?? Ke mana kah korang menghilang ?? Tu la, Masa senang kawan pun tak hengat, Tapi bila susah.. Kawan yang diorang tak hengat nie jugak la yang diorang akan cari.. Rasa macam tak fair je kan ?? Sampai hati korang.. Huhuhu.. Aku takkan buat korang camtu, Tapi korang.. Sanggup pulak buat camtu dekat Aku..


Sedihnya hati nie bila ingatkan semula apa yang Aku lalui masa zaman sekolah dulu.. Iaitu makan hati.. Makan hati dengan sikap kawan baik Aku yang seolah-olah tak pernah tahu akan kewujudan Aku.. Hanya nampak Aku bila diorang lagi memerlukan bantuan je.. Lepas tu, Aku seolah-olah telah hilang dipandangan mereka..


Aku sedar siapa lah diri ini.. Yang hanya ingin menumpang sedikit kasih dari seorang insan yang bernama teman.. Salah kah Aku melakukan sedemikian ?? Bila mengenangkan semula semua peristiwa nie membuatkan Aku menjadi sedih.. Tapi, apakan daya itu lah satu-satunya kenangan pahit yang akan Aku ingat sampai bila-bila.. 


Haihhh.. Tetiba pulak mood sedih.. Apa la.. Hey, Wake up Girl !! Tak mau sedih-sedih Ok.. Hidup kena selalu happy walaupun hanya luaran sahaja yang kelihatan begitu sebaliknya dalaman hanya Allah swt sahaja yang tahu..


p/s : Share moment share life <3

Thursday, 5 April 2012

Suka @ Tak Suka ??

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia..

Topik hari nie agak lain sikit sebabnya ada kaitan dengan perasaan.. Huhuhu.. Ok, Sebelum tu Aku nak nyatakan disini bahawa apa yang Aku tulis nie bukan lah apa yang berlaku pada diri Aku.. Tapi ianya ditulis berdasarkan pengalaman orang disekeliling Aku :)


Siapa tu, Aku takkan nyatakan disini.. Kisahnya bermula diantara perkenalan Si A dan Si B.. Mereka berkenalan melalui sepupu Si A.. Hehehe.. Kiranya perkenalan melalui orang tengah gitu.. Apa yang berlaku sekarang nie adalah Si A mengalami sedikit kekeliruan dengan perasaannya sendiri apabila Dia tak pasti sama ada Dia sukakan Si B atau pun tidak.. Maknanya ada masalah sedikit di sini..


Tapi tu la.. Sekalipun mulut menyatakan tidak, Tapi hati tidak akan dapat menafikan segalanya.. Menurut Si A, Si B pernah menyatakan cintanya kepada Si A.. Tetapi hanya lah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).. So, Si A membuat kesimpulan bahawa semua orang bisa menyatakannya kerana tangan yang menulis bukannya mulut yang berbicara.. Kemudian, Si B menanyakan kepada Si A adakah Si A menyukai Si B seperti mana Si B menyukai Si A ?? 


Lalu Si A tidak menyatakannya kerana malu katanya.. Hehehe.. Malu tapi mahu.. Hmmm sekarang nie Si A sedang memikirkan sama ada apakah yang harus dikatakan kepada Si B.. Yea la, Takkan la Perigi Nak Cari Timba pulak kan.. Setakat nie yang Aku tahu Si A masih di dalam kekeliruan.. Kesian Si A.. Terlalu banyak masalah yang harus difikirkan..

Pada pendapat Aku, Kalau Si B adalah jodoh Si A.. Walau sejauh mana pun Si B pergi, Dia akan tetap kembali kepada Si A.. Tetapi jika ia sebaliknya.. Si A haruslah reda menerima ketentuan yang telah di tetapkan oleh Tuhan..



p/s : Si A = Si Gadis
        Si B = Si Jejaka

Wednesday, 4 April 2012

Dialah Sebaik-baik Sahabatku (:

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia..


Ok.. Hari nie Aku rasa macam nak tulis pasal kawan Aku la.. Hari nie cuaca sangat baik, Tak panas sangat dan tak la sejuk sangat.. Sederhana je.. Hahaha.. Hari nie aktiviti Aku agak luar biasa sikit sebabnya hari nie Aku ke sekolah untuk menghantar Borang LCCI dekat Cikgu Zubaidah..


Kalau diikutkan sepatutnya Aku pergi sorang je tadi.. Yea la habis semua kawan-kawan Aku sibuk kan.. Huhuhu.. Tapi tu la kan betul la apa yang orang selalu cakapkan yang dalam masa satu saat pun macam-macam benda boleh jadi kan.. Betul la tu.. Tetiba je ada sorang kawan Aku nie yang kebetulan ada waktu terluang untuk temankan Aku ke sekolah.. Wah ! Aku apa lagi, Bersemangat la :) Semangat luar biasa gitu.. Hahaha..


Ok, So kita orang pun pergi la sekolah.. Yang Aku tak tahan tu.. Dia yang datang jemput dan hantar Aku balik tau.. Package lorhh.. Hehehe.. Tapi Aku agak tak selesa jugak la sebabnya Aku yang ajak Dia temankan Aku tapi Dia pulak yang datang jemput dan hantar Aku..


Apa-apa pun semua urusan Aku dengan pihak sekolah semuanya dah selesai dengan lancarnya.. Alhamdulillah syukur :) Dan kepada kawan Aku yang sudi temankan Aku tadi, Terima kasih yang tidak terhingga Ku ucapkan kepada Mu kerana dah banyak kali tolong Aku..Tak kira la walaupun Kau berada dalam keadaan sesulit ape sekali pun.. 


p/s : You are really my best buddy Ok !! Love You so much :)

Tuesday, 3 April 2012

Sahabat :)

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia..




Sahabat..
Mengapa kau pergi..
Tinggal aku sendiri..
Kau tahu aku tak sanggup..


Sahabat..
Ingatlah kau selalu..
Jadi yang terbaik..

Walau kau tak disini lagi..


Sahabat..
Aku rindu padamu..

Datang walau sesaat..
Ku inginkan kau hadir..
Aku disini dan menunggu..
Diam tanpa dirimu..

Kau tahu ku tak bisa..
Beranjak terbang dan melayang tanpa dirimu
Ku tak bisa dan kembalilah..


Sekian (:


p/s : Dipetik daripada lirik lagu "Sahabat" by Aizat Amdan.

Masa Berlalu Dengan Begitu Pantas =P

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia..

Apa ?? Dah bulan April eh sekarang nie ?? Wah ! Cepatnya masa berjalan kan.. Sampaikan tak terasa pun yang sekarang nie kita telah pun berada di bulan yang keempat diantara 12 bulan.. Ya Allah ! Begitu pantasnya masa itu berlalu.. Sedar tak sedar jugak la, Aku dah
dekat empat bulan jadi penganggur tegar tau :( Sob sob sob.. Nak buat macam mana dah nasib badan.. Hahaha..


Kawan-kawan Aku yang tengah kerja tu.. Seronok la diorang sebab akhirnya dapat jugak nak merasa hasil titik peluh sendiri.. Yang Aku nie nak merasa apanya, Merasa elaun bulanan dari Abah je la setiap bulan.. Huaaaaaaaaaaaa !!! Sedih giler.. Masa belum tamat sekolah, Yea2 la plan sampai tak ingat yang diri nie nak ambik SPM konon.. Tup2.. Yang ada hanya la duduk dekat rumah je.. Like Mama said "Duduk rumah tanam Anggur,Dah cukup masa apa lagi petik la" Hahaha.. Memang lawak la kalau di dengar kan..


Walaupun duduk dekat rumah je, Aku bukannya goyang kaki je tau.. Hah ! Meh sini Aku nak cerita apa yang Aku buat.. Setiap hari bangun pagi je, mesti la mula2 tu solat subuh kan.. Lepas tu mandi then pergi beli sarapan.. Sarapan Aku setiap pagi of course la Nasi Lemak.. Setiap hari Aku beli dekat kedai yang sama sebab memang sedap + dengan sambal banyak pulak kan.. Memang terangkat habis arghh !!.. Perghh pedas2 baru la best, Baru la nikmat tu terasa.. Hahaha.. Ok lepas habis sarapan, Apa lagi menghadap netbook la.. Layan Twitter + Facebook.. Kalau aku rasa rajin terlebih, Aku akan update entri terbaru untuk blog nie.. Kalau tak, Sorry to say.. Memang tak de la entri baru.. Hahaha..


Kerja Aku bukan la jugak menghadap Internet 24 jam Ok !!
Aku tak nak la letakkan berapa lama masa yang Aku peruntukkan.. Yang pasti, Selain daripada tu Aku pun tolong Mama jugak.. Buat la kerja rumah apa yang patut kan
.. Kalau bab memasak, Memang tak la.. Hehehe.. Terus terang la Aku cakap eark, Aku nie tak pandai masak pun.. Kalau setakat Masak nasi, Goreng ikan , Masak maggi & yang simple2 tu boleh la.. Kalau lebih dari tu, Hah ! Memang luar dari bidang Aku la :P Eh, Ok apa Aku straight to the point kan ?? Pada Aku, Jujur pada diri tu yang lebih penting (: 


Ada satu lagi yang Aku nak story dekat sini, That is.. Aku lately nie susah betul la nak tidur malam.. Pendek cerita kena Insomnia.. Mula2 tu Ok lagi la Aku rasa.. Sebab tak ada effect sangat.. Tapi, Sekarang nie effect tu semuanya dah mula menunjukkan yang Aku nie seolah2 dah kena Insomnia tahap kritikal dah.. Penat kot..Waktu malam berjaga, Waktu siang pulak mata mula la nak tertutup rapat.. Aiyooo.. Apa nak buat nie ?? Nak jumpa doktor ke untuk minta ubat tidur ?? or just buat tak tahu je ?? Hmmm.. Confuse dehh :( 


Ok la, Aku rasa sampai sini je la yang Aku boleh share setakat nie.. Ada masa lagi, InsyaAllah Aku akan update entri terbaru pulak yea.. Sekian (:

Sunday, 1 April 2012

Nasi Lemak.. I Like ❤

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia..


Nasi lemak !! Itu la kewajipan Aku setiap pagi.. Hehehe.. Asal celik je mata mesti akan cari Nasi Lemak.. Nak-nak lagi kalau dilimpahi dengan sambal yang banyak + rasa yang pedas.. Perghhh memang terangkat arghh !! Tapi kadang-kadang tu ada setengah orang kurang gemar dengan sambal yang banyak.. Tapi kalau Aku, Aku hentam saja.. Sebab lagi pedas, lagi la sedap :) Huaaaaa ! Nasi Lemak memang kegemaran semua.. Tak kira kaum, Baik Melayu,Cina mahupun India.. Pendek kata, 1 Malaysia la mesti akan menjadikan Nasi Lemak sebagai pembuka selera pada waktu pagi.. Betul tak ?? Mesti betul punya la :)

BFF..Best Friend Forever :)

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia..

Best Friend Forever ??? Hmmm.. Seronok rasanya bila ada orang sudi nak jadi kan kita BFF kan.. Begitu lah yang Aku tengah rasa sekarang nie.. Apa yang membezakan antara BFF dengan Bukan BFF eark ??? Ha ! Mesti berbeza pada tangunggjawabnya kan.. Yea la, Kalau BFF mesti kena sentiasa bersama dengan kawan dia baik dalam keadaan senang mahupun susah, memahami, mendengar masalah @ curahan, berkongsi suka & duka dan macam-macam lagi.. Memang best.. Tapi tu la kan, Aku risau jugak nie.. Yea la, Boleh ke Aku jadi BFF yang baik untuk kawan Aku tu.. Kalau setakat berkongsi masalah gembira & sedih dia dan jugak memegang amanah (rahsia) yang Dia ceritakan selama nie dekat Aku, InsyaAllah Aku akan simpan dengan erat semua tu.. Huhuhu.. Kami dah sepakat untuk sama-sama berkongsi dan mendengar segala permasalahan bersama.. Hehehe (: Seronok la pulak Aku.. Hahaha :D.. Ok la, Aku rasa cukup sampai sini je dulu Aku share semua nie.. Almaklum la orang tengah excited sampai tak tahu tahap mana dah nie.. Hehehe.. Sekian (: