Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi.. Hari nie kita telah pun memasuki bulan baru iaitu bulan Mei.. Horayyy !! Dan hari nie jugak merupakan hari yang sangat istimewa la untuk orang yang bekerja sebab diberi cuti !! Kan hari nie Hari Pekerja.. Ok, untuk yang bekerja.. Selamat Hari Pekerja dan Selamat Bercuti aku ucapkan.. Time nie la boleh digunakan untuk rehatkan minda dan luangkan masa dengan keluarga tercinta.. Hehe..
Sekejap je rasa.. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei.. Dan ini juga bermakna yang kita telah pun berada dipertengahan tahun 2012.. Ya Allah ! Macam tak percaya je.. Hah ! Percaya ke tidak, kita kena la balik kepada R E A L I T I.. Memandangkan kita sekarang nie berada di bulan baru.. Kebiasaannya, orang selalu cakap.. Bulan baru haruslah dimulakan dengan niat yang baru sama jugak macam kita memasuki tahun baru gitu.. Hehe..
So, tak ada sebarang perubahan pun untuk bulan baru nie.. Yang Aku harapkan adalah agar Umur aku dipanjangkan dan dimurahkan rezeki untuk aku mencapai segala impian yang aku impikan selama nie.. Bukan tu je, aku juga berharap agar aku akan dapat membalas segala jasa baik kedua ibubapa ku.. Sesungguhnya, mereka adalah harta yang sangat bernilai dalam hidupku dan tiada tandingan dengan harta mahupun wang ringgit..
Doa aku setiap kali selesai solat >> "Aku bermohon kepada Allah SWT semoga Dia
mengampuni segala dosaku, dosa kedua ibubapa ku dan sayangi lah mereka seperti mana mereka menyayangi aku semasa kecil serta panjangkan lah umur dan murahkan lah rezeki
mereka Ya Allah !"
No comments:
Post a Comment