Assalamualaikum..
Hari nie hari Khamis bersamaan 20 september 2012.. Sibuknya diriku ini.. Sibuk buat apa la sangat tu kan ?? Jawapannya, sibuk membuat persiapan untuk Merdeka Raya hari Sabtu nie.. Ya Allah ! Punya la sibukkk.. Sampaikan hari nie je kiteorang dah habiskan masa seharian dekat sekolah.. Semuanya semata-mata untuk Majlis hari Sabtu nie.. Aku nie bercerita macam aku pulak yang join pertandingan tu padahal yang join tu adik-adik Form 1 je.. Habis tu, yang Aku sibuk sangat kecoh-kecoh nie apahal ? Of course la Aku terlibat ok.. Kalau tak takde maknanya Aku nak kecoh satu blog macam nie !!
Rupa-rupanya, walaupun hanya ditugaskan untuk membantu adik-adik tu buat persiapan je ternyata tak semudah yang disangka kot.. Susah yang amat la.. Banyak dugaan meh.. Antaranya, dugaan part "Bajet" tu la.. Hishhh boleh sawan tau tak ! Orang lain yang masuk pertandingan, orang lain pulak yang kena spendkan bajet IDD nya.. Sangat la tak patut kan.. Niat kiteorang tolong nie mestilah ikhlas.. Tapi, kalau dah kita je yang beria-ria, tapi yang segelintir tu buat selamba badak je nak buat ape kan..Tak fair la macam tu, nasib baik la "Monitor" dia bagi kerjasama yang baik sangat.. Tak la complicated sangat.. Semuanya jadi mudah sikit.. Baik tau tak Monitor kelas 1N nie.. Dah la kiteorang minta sikit duit untuk nak beli barang-barang yang patut, then dia pun bagi la duit yang diminta tu.. Ok la.. Terima kasih Dik :) Tapi apa yang Aku tak expect tu bila dia sanggup bagi double daripada nilai yang kiteorang minta, bukan tu je.. Dah la dia bagi duit, lepas tu dia jugak la yang bawa barang lagi dari rumah.. Nak tau tak apa yang dia bawa ? Ha.. Rupa-rupanya dia bawa "Bunga Mangga" ! Huahuahua.. Terima kasih bebanyak la Dik oiii.. Hehe :) InsyaAllah kerjasama yang diberikan olehmu akan kami kenang !
Ok la, sampai sini saja dulu entry untuk Merdeka Raya Part I nie.. Nanti Aku akan update entry Merdeka Raya II pulak yea :) Tungguuu !!
No comments:
Post a Comment