Wednesday, 14 November 2012

Random

Assalamualaikum ! :)

Apa khabar semua ? Sihat ? Aku harap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT hendak-Nya :) Okay. Aku nak tanya nie, sekarang nie musim apa ? Musim apa eh ? Jawab la.. Jawab la.. Jawapannya, musim tengkujuh ! Haha.. Salah lah. Bukan musim tengkujuh, tapi musim cuti sekolah ! Kita dah start cuti sekolah kan.. ?? So, apa plan korang semua time cuti nie ? Mesti ada yang nak pergi bercuti kan.. Tak pun mesti ada yang sibuk nak buat majlis kenduri kahwin kan.. Hah ! Adik-adik dekat luar tu, jangan pulak korang guna kan masa bercuti nie dengan nak kahwin pulak okay ! Hewhewhew.

Ingat, habiskan masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Misalnya, baca buku ke ? Kalau baca buku macam cliche je kan cuti-cuti nie.. So, buat lah aktiviti yang mendatangkan untung pada diri sendiri ya ! At least tak la nampak macam buang masa macam tu je kan.. Haaa, kalau untuk aku pulak. Time macam nie dah sah-sah la kena hadap homework Bahasa Melayu + Pengajian Am ! Semester depan dua subjek nie ada PBS.. So, dah dapat tugasan awal-awal lagi daripada MPM.. Sobsobsob :( But it's okay la. Dah nak siap pun ! Haha.. Bukan banyak mana pun.. InsyaAllah kalau mengikut perancangan yang telah disusun, aku akan gunakan sepanjang bulan November nie sebagai bulan untuk settlekan semua homework nie ! InsyaAllah. Harap-harap tak lari lah daripada perancangan tu.. Amin !

Haaa.. Sebut pasal kenduri kahwin nie, terus je aku teringat undangan ke majlis persandingan Kak Nurul dengan Ustaz ! Nak sangat pergi, tapi jaraknya memungkinkan aku untuk sampai ke sana.. Allah dekat Negeri Sembilan je kot ! Tak payah nak buat teruk sangat eh Fizah ! Haha. Memang la kalau ikutkan dah boleh sampai dah. Itu kalau aku sendiri yang drive ! Nie yang nak drive Abah okay ! Abah pulak takde cuti. So, tak dapat la nak pergi.. Tapi takpe, dekat sini aku nak buat wish untuk diorang berdua. Kiranya termasuk doa sekali lah :)

Ucapan khas untuk Kak Nurul & Ustaz !

Hai Kak Nurul, Fizah disini ! Fizah nak ucapkan selamat pengantin baru dekat Akak dan Ustaz ! Yayyy akhirnya kalian telah diijabkabulkan dengan rasminya ! Tahniah-tahniah ! Fizah tumpang gembira untuk kalian. Walaupun Fizah tak dapat nak pergi, tapi Akak jangan risau. Doa Fizah akan sentiasa mengiringi Akak. Fizah doakan semoga perkahwinan Akak mendapat mawadah dan rahmah dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah + cute mute macam Akak serta berkekalan hingga akhir hayat ! 
Amin ! :)

Haaa.. Ini ucapan eksklusif okay ! Limited edition :)

Apa-apa pun semoga berbahagia hendak-Nya :)

Hmmmm.. Rasanya cukup la kot sampai disini saja coretan untuk hari ini.. InsyaAllah, kalau ada masa lagi.. Aku akan tulis entry baru pulak.. Dan lebih panjang lagi.. Hehe..

No comments:

Post a Comment