Thursday, 5 April 2012

Suka @ Tak Suka ??

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia..

Topik hari nie agak lain sikit sebabnya ada kaitan dengan perasaan.. Huhuhu.. Ok, Sebelum tu Aku nak nyatakan disini bahawa apa yang Aku tulis nie bukan lah apa yang berlaku pada diri Aku.. Tapi ianya ditulis berdasarkan pengalaman orang disekeliling Aku :)


Siapa tu, Aku takkan nyatakan disini.. Kisahnya bermula diantara perkenalan Si A dan Si B.. Mereka berkenalan melalui sepupu Si A.. Hehehe.. Kiranya perkenalan melalui orang tengah gitu.. Apa yang berlaku sekarang nie adalah Si A mengalami sedikit kekeliruan dengan perasaannya sendiri apabila Dia tak pasti sama ada Dia sukakan Si B atau pun tidak.. Maknanya ada masalah sedikit di sini..


Tapi tu la.. Sekalipun mulut menyatakan tidak, Tapi hati tidak akan dapat menafikan segalanya.. Menurut Si A, Si B pernah menyatakan cintanya kepada Si A.. Tetapi hanya lah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).. So, Si A membuat kesimpulan bahawa semua orang bisa menyatakannya kerana tangan yang menulis bukannya mulut yang berbicara.. Kemudian, Si B menanyakan kepada Si A adakah Si A menyukai Si B seperti mana Si B menyukai Si A ?? 


Lalu Si A tidak menyatakannya kerana malu katanya.. Hehehe.. Malu tapi mahu.. Hmmm sekarang nie Si A sedang memikirkan sama ada apakah yang harus dikatakan kepada Si B.. Yea la, Takkan la Perigi Nak Cari Timba pulak kan.. Setakat nie yang Aku tahu Si A masih di dalam kekeliruan.. Kesian Si A.. Terlalu banyak masalah yang harus difikirkan..

Pada pendapat Aku, Kalau Si B adalah jodoh Si A.. Walau sejauh mana pun Si B pergi, Dia akan tetap kembali kepada Si A.. Tetapi jika ia sebaliknya.. Si A haruslah reda menerima ketentuan yang telah di tetapkan oleh Tuhan..



p/s : Si A = Si Gadis
        Si B = Si Jejaka

No comments:

Post a Comment