Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia..
Nama Aku Norhafizah Binti Mohamad Asri, Anak kedua daripada empat beradik, Mempunyai empat orang adik beradik iaitu dua perempuan & dua lelaki, Aku dilahirkan di Hospital Daerah Lumut. Perak Darul Ridzuan tetapi dibesarkan di Sungai Petani. Kedah Darul Aman.. Hah ! Makanan kegemaran Aku adalah Masakan Mama Tercinta, Nasi Ayam, Koey Teow Goreng (tanpa kerang) sebab Aku tak suka kerang.. Hahaha.. Pendekkan cerita, Aku nie tak cerewet la sangat dalam bab makan nie.. Apa2 pun Aku makan, Cuma tolak batu, pasir, kayu, dan yang sama waktu dengannya je yang Aku tak makan.. Minuman kegemaran Aku pulak of coz la Milo Ais.. Hurmm, Slurpppppppppp ! Yang terbaru adalah Nescafe.. Perghhhh memang terbaik !..
Selesai bab makan & minum.. Sekarang nie masuk bab minat pulak.. Apa yang Aku minat eark ?? Hahaha.. Boleh pulak Aku tanya, Memang Aku la yang nak kena jawab balik kan.. Ok, Aku minat Menonton TV, Mendengar Muzik, Beriadah (main badminton, tolong Mama, dll)
Cita-cita Aku, Dulu teringin giler nak jadi Doktor.. Sekarang nie tak tau dah nak jadi ape.. Huhuhu.. Ape yang pasti, Mestilah Aku nak jadi Orang yang berguna pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.. Besar tu pengertiannya.. Maknanya besar jugak la tanggungjawabnya.. Wahhh ! Semua orang mesti ada impian, Macam tu jugak la Aku.. Impian Aku adalah Aku nak sambung belajar sampai ke peringkat yang paling tinggi.. Disini Aku nyatakan step-by-step peringkat pembelajaran, Kalau ada salah tu.. Sorry la.. Aku senaraikan mengikut yang Aku tau je la..
****Peringkat terendah >>>> Peringkat tertinggi..
Tadika >> Sekolah Rendah (UPSR) >> Sekolah Menengah (PMR, SPM & STPM) >> Universiti (DIPLOMA, IJAZAH, SARJANA MUDA, & PHD)
Betul ke tu ?? Hehehe.. Kalau salah tolong betulkan..
Tak habis lagi, Nie pasal moment pulak.. Hahaha.. Setiap orang mesti ada moment masing2 kan misalnya yang manis atau yang pahit cam tu la.. Aku pun ada jugak.. Cehhh saje nak buat kecoh.. Hahaha.. Moment manis Aku adalah waktu luangkan masa lapang dengan keluarga tercinta.. Tak kira la apa pun aktivitinya asalkan dengan keluarga Aku, Pada Aku itu la moment yang paling sweet & beautiful lorhhh.. Yang pahit pulak ada satu je, Yang Aku akan ingat sampai bila2 la iaitu jatuh basikal.. Serius bunyi macam cliche kan, Tapi tu la yang sangat bermakna pada Aku, Mana taknya.. Aku jatuh sampai kepala lutut Aku berdarah.. Bukan luka kecik tau, Darah mengalir banyak kot.. Huhuhu.. Sampai nak jalan pun tak boleh.. Sampai sekarang nie parut luka tu masih ada dekat kepala lutut Aku.. Setiap kali terpandangkan lutut je, Mesti Aku akan ingat moment tu.. Huuu..
Errmm, moh kita cerita bab warna pulak.. Warna sesuatu yang amat unik.. Sape yang tak suka warna ?? Habaq mai kat Cheq.. Bohong la kalau ada orang yang tak suka dengan warna.. Lain la kalau melukis kan, Memang la akan ada yang suka dan ada yang tak suka kan.. Aku suka warna merah jambu, putih, dan warna2 yang cerah la.. Warna gelap tu kureng sikit la..
Sebab kalau Aku pakai apa2 je yang berwarna gelap contohnya tudung warna HITAM, Memang muka Aku akan nampak BULAT kot.. Ishhh.. Huduhhh sangat.. Hahaha.. Tapi kadang2 tu Aku jeles jugak tengok orang lain pakai tudung warna HITAM tu sesuai je dengan diorang.. Nape Aku tak ?? Sob sob sob..
Hah ! tu bab warna, Dah nak sampai ke penghujung cerita dah nie.. Lastly sebelum Aku sudahi cerita mengenai diri Aku nie, Ada satu lagi yang Aku nak nyatakan iaitu Prinsip Hidup Aku.. Word nie memang dah lama Aku pegang.. The word is "Be the best, Beat the rest"..
Bermakna sangat prinsip nie.. So, Aku nak tegaskan disini bahawa apa yang Aku tulis untuk entri nie memang 110 % tentang diri Aku.. Cerita sebenar dan bukan rekaan semata2..
Sebab yang tahu pasal diri Aku hanya la Aku.. Bukan orang lain.. So persetankan apa yang dikatakan oleh orang luar dan yakin la pada diri sendiri..
p/s : "Jika kita berdusta, Itu bermakna kita berdusta terhadap diri kita sendiri" :)
No comments:
Post a Comment