Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia..
dekat empat bulan jadi penganggur tegar tau :( Sob sob sob.. Nak buat macam mana dah nasib badan.. Hahaha..
Kawan-kawan Aku yang tengah kerja tu.. Seronok la diorang sebab akhirnya dapat jugak nak merasa hasil titik peluh sendiri.. Yang Aku nie nak merasa apanya, Merasa elaun bulanan dari Abah je la setiap bulan.. Huaaaaaaaaaaaa !!! Sedih giler.. Masa belum tamat sekolah, Yea2 la plan sampai tak ingat yang diri nie nak ambik SPM konon.. Tup2.. Yang ada hanya la duduk dekat rumah je.. Like Mama said "Duduk rumah tanam Anggur,Dah cukup masa apa lagi petik la" Hahaha.. Memang lawak la kalau di dengar kan..
Walaupun duduk dekat rumah je, Aku bukannya goyang kaki je tau.. Hah ! Meh sini Aku nak cerita apa yang Aku buat.. Setiap hari bangun pagi je, mesti la mula2 tu solat subuh kan.. Lepas tu mandi then pergi beli sarapan.. Sarapan Aku setiap pagi of course la Nasi Lemak.. Setiap hari Aku beli dekat kedai yang sama sebab memang sedap + dengan sambal banyak pulak kan.. Memang terangkat habis arghh !!.. Perghh pedas2 baru la best, Baru la nikmat tu terasa.. Hahaha.. Ok lepas habis sarapan, Apa lagi menghadap netbook la.. Layan Twitter + Facebook.. Kalau aku rasa rajin terlebih, Aku akan update entri terbaru untuk blog nie.. Kalau tak, Sorry to say.. Memang tak de la entri baru.. Hahaha..
Kerja Aku bukan la jugak menghadap Internet 24 jam Ok !!
Aku tak nak la letakkan berapa lama masa yang Aku peruntukkan.. Yang pasti, Selain daripada tu Aku pun tolong Mama jugak.. Buat la kerja rumah apa yang patut kan.. Kalau bab memasak, Memang tak la.. Hehehe.. Terus terang la Aku cakap eark, Aku nie tak pandai masak pun.. Kalau setakat Masak nasi, Goreng ikan , Masak maggi & yang simple2 tu boleh la.. Kalau lebih dari tu, Hah ! Memang luar dari bidang Aku la :P Eh, Ok apa Aku straight to the point kan ?? Pada Aku, Jujur pada diri tu yang lebih penting (:
Ada satu lagi yang Aku nak story dekat sini, That is.. Aku lately nie susah betul la nak tidur malam.. Pendek cerita kena Insomnia.. Mula2 tu Ok lagi la Aku rasa.. Sebab tak ada effect sangat.. Tapi, Sekarang nie effect tu semuanya dah mula menunjukkan yang Aku nie seolah2 dah kena Insomnia tahap kritikal dah.. Penat kot..Waktu malam berjaga, Waktu siang pulak mata mula la nak tertutup rapat.. Aiyooo.. Apa nak buat nie ?? Nak jumpa doktor ke untuk minta ubat tidur ?? or just buat tak tahu je ?? Hmmm.. Confuse dehh :(
Ok la, Aku rasa sampai sini je la yang Aku boleh share setakat nie.. Ada masa lagi, InsyaAllah Aku akan update entri terbaru pulak yea.. Sekian (:
No comments:
Post a Comment